Page 62 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 62
Penyelarasan
Penyelarasan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan penetapan TP
adalah adil kepada murid. Aktiviti penyelarasan boleh dilakukan melalui perbincangan
bersama-sama para pentadbir (PGB/PK/GKMP/KB/KP), ahli panitia/guru mata
pelajaran dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang ditetapkan dalam DSKP.
Penyelarasan PBD meliputi perkara-perkara seperti yang berikut:
kefahaman dan pengetahuan guru terhadap Standard Prestasi dalam
menentukan tahap penguasaan murid
penentuan tahap penguasaan murid dilaksanakan secara adil (kesahan dan
kebolehpercayaan) mengikut keupayaan sebenar murid berdasarkan
Standard Prestasi yang dinyatakan dalam DSKP
cara menilai pencapaian hasil kerja murid dalam menentukan tahap
penguasaan/skor murid
Rajah 31 menunjukkan tujuan proses pementoran, pengesanan, pemantauan dan
penyelarasan yang perlu dijalankan di peringkat sekolah dalam melaksanakan
penjaminan kualiti PBD.
PEMENTORAN
PEYELARASAN Bertujuan bagi
Bertujuan untuk membantu, memudah
memastikan penetapan cara, membimbing,
TP adalah adil kepada meningkatkan
murid pengetahuan dan
kefahaman guru untuk
PENJAMINAN melaksanakan PBD
KUALITI PBD
DI PERINGKAT
SEKOLAH
PENGESANAN
PEMANTAUAN Bertujuan untuk menilai
Bertujuan untuk kesesuaian, kekuatan dan
memastikan pelaksanaan kelemahan kaedah dan
PBD mengikut panduan instrument pentaksiran yang
yang ditetapkan digunakan dalam pelaksanaan
PBD
Rajah 31 : Penjaminan Kualiti di Peringkat Sekolah
50

