Page 65 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 65

BAB 6        PELAKSANAAN              PENTAKSIRAN            BILIK      DARJAH

                                    BERASASKAN PROJEK


                       6.1          Pengenalan

                                    Dalam  konteks  KSSR  dan  KSSM,  pelaksanaan  projek  merupakan  satu
                                    proses pembelajaran yang berpusatkan murid di mana pelbagai disiplin
                                    ilmu boleh  diintegrasikan secara sistematik dan terancang. Aktiviti kerja
                                    projek dilakukan selepas murid telah didedahkan dengan pengetahuan
                                    dan  kemahiran  yang  berkaitan.  Pentaksiran  secara  berterusan  perlu
                                    dijalankan  semasa  pelaksanaan  projek  dan  ini  dikenali  sebagai
                                    Pentaksiran  Bilik  Darjah  (PBD)  Berasaskan  Projek.  Pelaksanaan  kerja
                                    projek  memberikan  murid  ruang untuk  meneroka  dan  menyelesaikan
                                    sesuatu isu atau masalah secara praktikal dengan menjalankan inkuiri,
                                    perancangan, pelaksanaan dan refleksi. Ini menggalakkan pembelajaran
                                    aktif dan pengaplikasian KBAT. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi
                                    murid  juga  dapat  dikembangkan  dan  secara  tidak  langsung  nilai-nilai
                                    murni  murid  diterapkan  semasa  proses  pelaksanaan  projek.  Melalui
                                    kerja  projek,  pemerolehan  pengetahuan,  penguasaan  kemahiran  dan
                                    penerapan nilai murid dapat dioptimumkan.

                                    Kerja projek boleh dilaksanakan oleh semua murid Tahun 1 di sekolah
                                    rendah  sehingga  Tingkatan  5  di  sekolah  menengah.  Murid-murid
                                    digalakkan  untuk  melaksanakan  kerja  projek  yang  menggambarkan
                                    kemenjadian mereka.

                       6.2          Matlamat Melaksanakan Projek

                                    Matlamat  pelaksanaan  projek  dalam  KSSR  dan  KSSM  adalah  untuk
                                    menggalakkan  dan  membolehkan  murid  mendapat  pengetahuan  dan
                                    kemahiran baharu serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
                                    untuk menyelesaikan masalah dalam proses pembelajaran secara aktif.


                       6.3          Objektif Projek

                                    Dalam pelaksanaan projek, adalah diharapkan murid dapat:

                                    6.3.1   menjelaskan matlamat dan konteks kerja projek
                                    6.3.2   mencari maklumat melalui penerokaan kendiri
                                    6.3.3   menghubungkaitkan  pengetahuan  spesifik  antara  mata
                                            pelajaran
                                    6.3.4   mengaplikasikan kemahiran menjalankan kajian
                                    6.3.5   merancang projek mengikut kriteria
                                    6.3.6   menghasilkan pelan projek mengikut tempoh masa tertentu
                                    6.3.7   menunjukkan kemahiran pengurusan



                                                            53
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70