Page 63 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 63

5.3    Tanggungjawab Pihak Sekolah dalam Pelaksanaan PBD

                              5.3.1  Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan Pentadbiran

                              Tanggungjawab Pengetua dan barisan pentadbir sekolah termasuklah:

                                Memahami konsep, kepentingan dan pelaksanaan PBD
                                Memimpin dan membimbing guru dalam melaksanakan PBD
                                Mengeluarkan arahan di peringkat sekolah bagi pelaksanaan PBD
                                Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PBD
                                Memantau pelaksanaan PBD dalam kalangan guru
                                Mengeluarkan arahan pelaporan pelaksanaan PBD
                                Mengeluarkan  arahan  membuat  intervensi  sebagai  tindakan  susulan  ke
                                 atas murid (jika ada)


                              5.3.2  Tanggungjawab     Guru    Kanan    Mata    Pelajaran   (GKMP)/Ketua
                                     Bidang/Ketua Panitia

                              Tanggungjawab GKMP/Ketua Bidang dan Ketua Panitia pula termasuklah:

                                    Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD
                                    Memimpin dan membimbing pelaksanaan PBD
                                    Memastikan arahan pelaksanaan dipatuhi
                                    Mengadakan mesyuarat penyelarasan PBD
                                    Memantau pelaksanaan PBD
                                    Mengaturkan PLC
                                    Memantau  intervensi  dalam  tindakan  susulan  untuk  meningkatkan

                                     tahap penguasaan murid


                              5.3.3  Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran

                              Guru mata pelajaran merupakan pelaksana dan memainkan peranan utama
                              dalam  PBD. Tanggungjawab guru mata pelajaran termasuklah:

                                    Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD
                                    Melaksanakan  PBD  seperti  yang  dirancang  dan  mematuhi  dokumen
                                     kurikulum
                                    Menghadiri  sesi  PLC  dengan  rakan  guru  untuk  mendapat  input  dan
                                     perkongsian profesional tentang PdP
                                    Merekod dan membuat catatan PBD
                                    Membuat pentaksiran secara adil dan saksama kepada semua murid
                                    Menggunakan  pelbagai  kaedah  pentaksiran  agar  sesuai  dengan  aras
                                     keupayaan murid
                                    Memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir




                                                            51
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68