Page 61 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 61

Ketua Panitia (KP) perlu membimbing serta membantu ahli panitia bagi meningkatkan
                       kefahaman  dan  kualiti  pelaksanaaan  PBD  dari  semasa  ke  semasa.    KP  boleh
                       mengadakan sesi perbincangan dalam professional learning community (PLC), mentor-
                       mentee,  taklimat  serta  latihan  dalaman,  peer  coaching  atau  dengan  menjalankan
                       kajian tindakan terhadap sesuatu kaedah pentaksiran dalam pelaksanaaan PBD.

                       Pengesanan

                       Pengesanan  ialah  satu  proses  penjaminan  kualiti  bagi  memastikan  kaedah  dan
                       instrumen pentaksiran yang digunakan sesuai dengan tujuan pentaksiran. Pengesanan
                       dijalankan bagi menilai kesesuaian, kekuatan dan kelemahan kaedah dan instrumen
                       pentaksiran yang digunakan dalam pelaksanaan PBD untuk mendapatkan maklumat
                       tentang penguasaan murid.

                       Guru  mata  pelajaran  perlu  memastikan  kaedah  dan  instrumen  pentaksiran  yang
                       digunakan bersesuaian dan menepati:

                                 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam Dokumen
                                  Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
                                 Tahap keupayaan dan keperluan murid
                                 Tahap penguasaan murid yang disenaraikan dalam DSKP

                       Semasa pengesanan dilaksanakan, pentadbir perlu mengenal pasti isu kebolehtadbiran
                       dan  kesesuaian  kaedah  dan  instrumen  pentaksiran,  serta  mencadangkan  tindakan
                       penambahbaikan.

                       Pemantauan

                       Pemantauan adalah satu proses penjaminan kualiti untuk memastikan pelaksanaan
                       PBD  mengikut  panduan  yang  ditetapkan.  Aktiviti  pemantauan  boleh  dilaksanakan
                       sepanjang  pelaksanaan  PdP.  Para  pentadbir  (PGB/PK/GKMP/KB/KP)  harus
                       menjalankan pemantauan  untuk memastikan:

                                 pengurusan dan pelaksanaan PBD mengikut garis panduan semasa yang
                                  sediakan
                                 aktiviti merekod dilakukan secara sistematik dari semasa ke semasa
                                 maklumat dan tahap penguasaan murid yang direkod dianalisis bagi
                                  tujuan tindakan susulan dan pelaporan
                                 pelaporan murid perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun
                                  kepada pihak yang berkepentingan seperti murid, ibu bapa/penjaga dan
                                  guru




                                                            49
   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66