Page 66 - PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH Edisi ke-2
P. 66

6.3.8   melaksanakan  projek  yang  menepati  matlamat,  objektif  dan
                                            prosedur projek
                                    6.3.8   mengambil kira pandangan daripada pelbagai perspektif untuk
                                            menyelesaikan masalah
                                    6.3.9   membuat penilaian kendiri
                                    6.3.10  berkomunikasi  dengan berkesan dan  menunjukkan  kerjasama
                                            sepanjang pelaksanaan projek
                                    6.3.11  mempamerkan nilai etika dan rohani melalui perlakuan
                                                              mereka

                       6.4          Model Projek

                                    Tiga  jenis  model  projek  dicadangkan  iaitu  Projek  Gabungan  Mata
                                    Pelajaran,  Projek  Komuniti  dan  Individu,  Middle  Years  Programme
                                    International Baccalaurette (MYPIB) dan Projek Melalui Mata pelajaran

                                    6.4.1   Projek Gabungan Mata Pelajaran

                                            Projek  Gabungan  Mata  Pelajaran  yang  menggunakan  konsep
                                            KmR (Kefahaman melalui Reka Bentuk) dilaksanakan di sekolah
                                            di bawah Transformasi Sekolah (TS 25). Projek jenis model ini
                                            dilaksanakan dengan gabungan beberapa mata pelajaran. Guru
                                            menentukan tema dan murid diberi kebebasan untuk memilih
                                            tajuk  projek  mereka.  Murid  melaksanakan  projek  secara
                                            berkumpulan.     Pentaksiran    berlaku    sepanjang    proses
                                            pelaksanaan projek.

                                    6.4.2   Projek Komuniti dan Individu MYPIB

                                            Projek  Komuniti  dan  Individu  MYPIB  dilaksanakan  di  sekolah
                                            MYPIB.  Murid  mempunyai  kebebasan  untuk  memilih  tajuk
                                            projek. Projek Komuniti dilaksanakan secara berkumpulan dan
                                            projek  individu  dilaksanakan  secara  individu.  Murid  ditaksir
                                            berdasarkan  rubrik  pentaksiran  yang  dibekalkan  oleh
                                            International Baccalaurette Organisation (IBO).

                                    6.4.3   Projek Melalui Mata Pelajaran

                                            Dalam  model  ini,  projek  boleh  dilaksanakan  dalam  mata
                                            pelajaran masing-masing seperti yang dinyatakan dalam DSKP
                                            KSSR  (Semakan  2017)  dan  KSSM.  Di  bawah  KSSM,  mata
                                            pelajaran Sejarah, Geografi, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
                                            dan  Asas  Sains  Komputer  (ASK)  harus  melaksanakan  projek.
                                            Contohnya,  Kajian  Kes  dilaksanakan  dalam  mata  pelajaran
                                            Sejarah;  dan Kerja Lapangan dalam mata pelajaran Geografi.
                                            Projek juga dilaksanakan berdasarkan DSKP mata pelajaran RBT
                                            dan  ASK.  Kajian  kes,  kajian  lapangan  dan  projek  boleh


                                                            54
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71