Page 16 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 16
Aktiviti
Senarai Semak Etika dan Budaya Kerja
1. Murid dibahagikan secara berpasangan.
2. Lakukan soal selidik etika dan budaya kerja bagi situasi yang berikut:
(a) Mengemas bengkel Pemprosesan Makanan. 1.1.4 Melaksanakan etika dan
(b) Membuat jualan sempena Hari Keusahawanan. budaya kerja yang baik.
(c) Membuat lawatan ke kilang Pemprosesan Makanan.
SOAL SELIDIK ETIKA DAN BUDAYA KERJA
Nama:
Tingkatan:
Bil. Penilaian Secara Am Ya Tidak
1. Adakah anda sentiasa mematuhi masa?
2. Adakah anda seorang yang berdisiplin?
3. Adakah anda mengamalkan kerja berpasukan?
4. Adakah anda gembira dan bangga dengan hasil kerja?
5. Adakah anda bertanggungjawab ke atas tugasan yang diberi?
Dinilai oleh: Disemak oleh guru:
Tarikh: Tarikh:
Jawab soalan yang berikut.
1. Senaraikan tiga aspek kesihatan diri.
2. Berikan maksud etika dan budaya kerja.
3. Senaraikan empat budaya kerja yang perlu diamalkan dalam organisasi.
KBAT
4. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan tujuh langkah mencuci tangan?
5. Pengendali makanan perlu sentiasa sihat dan bersih. Bincangkan. KBAT
KBAT
6. Bagaimanakah etika dan budaya kerja baik dapat memberi impak yang positif kepada
pengamal dan orang di sekelilingnya?
KBAT
7. Sebagai seorang ketua dalam sesebuah organisasi, bagaimanakah anda memastikan kumpulan
anda mengamalkan etika dan budaya kerja yang baik?
10

