Page 169 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 169
Latihan Sumatif
Jawab soalan yang berikut.
1. Senaraikan alatan yang digunakan dalam pemprosesan donat.
2. Berikut merupakan pernyataan langkah kerja memproses donat yang tidak mengikut urutan. Susun
langkah kerja itu mengikut urutan yang betul dengan menulis nombor 1 hingga 7 dalam ruang
jawapan yang disediakan.
Bil. Pernyataan Langkah Kerja Ruang Jawapan
A Menutup doh dengan kain maslin.
B Mencanai doh setebal 1.5 cm.
C Goreng donat sehingga kuning keemasan.
D Menerap donat.
E Kembangkan doh di dalam proofer.
F Memasukkan marjerin dan uli hingga doh tidak melekat.
G Salut donat dengan gula kastor.
3. Berikan tiga bahan mentah memproses roti ban berinti dan fungsinya.
4.
Nurul Ain merupakan pemilik Yummy Bakery Enterprise. Beliau bercadang
untuk mempelbagaikan jualan roti ban keluaran syarikatnya.
Berdasarkan penyataan di atas cadangkan satu bahan tambahan yang digunakan untuk menjadikan
roti ban lebih sedap, menarik dan unik.
5. Nyatakan tiga jenis bahan kering yang boleh dicampurkan ke dalam courverture bagi
mempelbagaikan rasa coklat acuan.
Sekolah anda akan mengadakan Karnival Pendidikan dan Kerjaya. Sebagai Pengerusi Kelab
MPV Pemprosesan Makanan, anda bercadang untuk membuat jualan pizza pada hari tersebut.
6. Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan kriteria penilaian bagi aspek rupa, warna, dan rasa.
7. Terangkan kaedah pemprosesan karipap sejuk beku.
8. Koperasi Budiman Berhad ingin menempah 2000 biji muffin daripada syarikat anda untuk ekspo
usahawan peringkat kebangsaan.
(a) Nyatakan dua faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum menerima tempahan tersebut.
(b) Cadangkan dua cara untuk mengelakkan muffin daripada cepat rosak.
9. Apakah tujuan permukaan atas roti direnjis dengan air sebelum dibakar?
10.
Tepung berprotein tinggi lebih sesuai digunakan dalam
pemprosesan roti ban berinti.
Jelaskan pernyataan tersebut.
163

