Page 171 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 171
14. Jadual di bawah menunjukkan kos yang terlibat dalam menghasilkan 120 biji roti ban berinti kaya.
Bil. Perkara Kos (RM)
1. Tepung berprotein tinggi 20.00
2. Tepung gandum serba guna 15.00
3. Yis segera 5.00
4. Lemak 4.00
5. Susu tepung 5.00
6. Overhed 5.00
7. Upah 6.00
Berdasarkan jadual di atas hitungkan:
(a) Kos bahan mentah
(b) Kos projek
(c) Jumlah keuntungan yang akan diperoleh jika sebiji roti ban berinti kaya dijual dengan harga
RM 1.20 bagi tempahan sebanyak 360 biji.
15.
Foto di atas menunjukkan periuk double boiler yang anda gunakan semasa pemprosesan coklat acuan.
(a) Berdasarkan pernyataan langkah kerja mengendalikan periuk double boiler di bawah, susun
pernyataan yang berikut dengan menulis nombor 1 hingga 5 pada ruang yang disediakan.
Pernyataan Langkah Kerja Ruang Jawapan
Memasukkan kepingan coklat ke dalam periuk lapisan atas.
Mengeringkan bahagian dalam periuk lapisan atas.
Meletakkan periuk lapisan atas ke dalam periuk lapisan bawah.
Mencuci bersih periuk double boiler.
Memasukkan air ke dalam periuk lapisan bawah.
16. Cadangkan dua bahan pembungkus yang sesuai untuk produk pizza dan terangkan sebab KBAT
pemilihan bahan pembungkus tersebut.
17. Selain coklat salutan disimpan di dalam bekas plastik, senaraikan bahan pembungkus yang lain. KBAT
18. Pada pendapat anda, mengapakah coklat perlu dicairkan dengan menggunakan kaedah
double boil? KBAT
19. Bincangkan inovasi yang sesuai dilakukan pada produk karipap dari aspek bahan mentah. KBAT
165

