Page 306 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 306

2  Kemudahan

              Pembungkusan yang baik memudahkan pengedar dan pembeli untuk mengendalikan sesuatu produk
              tersebut. Berikut merupakan fungsi pembungkusan dalam memberi kemudahan kepada penggunanya:


                Mudah dibawa ke mana-mana.



                Pembungkusan secara unit kecil (portion pack).



                Memudahkan pengendalian dan penjualan.



                Membezakan daripada produk yang lain.



                Mudah didapati pada bila-bila masa.



                Mudah diguna dan ditutup semula.



                Memudahkan penyimpanan.








           3   Komunikasi dan Jualan

               Pembungkusan amat penting dalam memberi maklumat semasa berkomunikasi dan jualan. Fungsi
               pembungkusan produk pemprosesan makanan dalam komunikasi dan jualan adalah untuk memberi
               maklumat yang berikut:



                                  a       Maklumat berkaitan hasilan.



                                  b       Maklumat mengenai pengilang, pembuat
                                          atau pengedar.



                                  c      Maklumat penyediaan.




                                  d      Maklumat penyimpanan.



                                  e      Maklumat berkaitan mutu, halal dan jaminan.









             300
   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310   311