Page 307 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 307
4 Pengurangan Kadar Pembaziran Makanan (Food Waste)
Dianggarkan kira-kira 14 peratus makanan yang dihasilkan di dunia dibazirkan semasa proses penuaian
sebelum sampai kepada peruncit (Food and Agriculture Organization of the United Nations 2019). Makanan
yang dibungkus dengan baik tidak mudah rosak maka dapat mengurangkan kadar pembaziran.
Pengesanan digunakan untuk memperbaiki pengurusan bekalan,
memudahkan pengesanan produk makanan di pasaran (untuk tujuan
Pengesanan keselamatan produk makanan dan kualiti) dan untuk membezakan
serta memasarkan produk berkualiti. Pengesanan produk makanan
menggunakan kod unik seperti nombor kelompok atau batch numbers.
Produk makanan yang dibungkus mudah dikendalikan untuk tujuan
Pengendalian penyimpanan dan pemasaran. Selain itu, bahan pembungkusan juga
yang Mudah boleh diinovasikan seperti pakai buang, mudah dilihat, boleh seal
semula dan boleh digunakan dalam ketuhar gelombang mikro.
Ciri keselamatan yang dipasang pada pembungkusan untuk
Ciri memperlihatkan sama ada bahan pembungkusan itu pernah dibuka
Keselamatan atau tidak. Ciri keselamatan juga boleh terdiri daripada logo hologram
untuk membezakan sama ada produk asli atau tiruan.
Jenis-jenis Pembungkusan
1 Botol 6.1.2 Menerangkan jenis
Botol ialah bahan pembungkus yang digunakan untuk menyimpan pembungkusan iaitu botol,
cecair seperti air, susu, minuman ringan, dan sebagainya. Botol plastik, kotak dan kertas.
mempunyai ciri-ciri tertentu seperti bahagian leher yang lebih
sempit daripada badan. Botol diperbuat daripada kaca, plastik
dan aluminium. Info
Kaca boleh memelihara alam
Botol kaca sekitar kerana boleh dikitar
semula. Tong kitar semula untuk
Botol kaca merupakan bahan pembungkus kaca berwarna coklat.
yang lut sinar kepada sinaran ultraungu, lengai
secara kimia dan biologi, penebat haba dan
keras tetapi rapuh. Sifat botol kaca yang dapat
menstabilkan kimia, tidak bertoksik dan bersih
tidak akan memberi kesan yang buruk kepada
makanan yang dibungkus menggunakannya.
Botol kaca mempunyai ketelusan yang baik dan
membolehkan kandungannya dapat dilihat
dengan jelas. Penggunaannya boleh berulang
dan dikitar semula. Berikut merupakan
contoh produk makanan yang dibungkus
menggunakan kaca:
Susu soya Sos Minyak masak
Foto 6.1 Contoh produk makanan yang dibungkus
menggunakan botol kaca
301

