Page 305 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 305
Tujuan Pembungkusan Produk Makanan
Berikut merupakan tujuan pembungkusan produk makanan:
1 Perlindungan atau Pemeliharaan
2 Kemudahan
Tujuan
Pembungkusan
3 Pengurangan Kadar Pembaziran
Makanan (Food Waste)
4 Komunikasi dan Jualan
Rajah 6.2 Tujuan pembungkusan
1 Perlindungan atau Pemeliharaan
Pembungkusan produk makanan dapat menghalang kemerosotan nutrisi produk, mengekalkan
kesegaran, memanjangkan jangka hayat dan mengekalkan keselamatan. Aspek yang dititikberatkan
adalah untuk mengelakkan pencemaran kimia, biologi dan fizikal.
(a) Kimia
Pembungkusan dapat menghalang perubahan
komposisi makanan yang terdedah kepada (c) Biologi
oksigen, kelembapan dan cahaya. Contoh Pembungkusan yang baik
bahan pembungkusan ialah kaca dan logam dapat menghalang produk
(aluminium). makanan daripada pencemaran
mikroorganisma, serangga,
rodensia dan lain-lain.
Pembungkusan dapat
menghalang proses penuaan
(b) Fizikal (ripening) dan pencemaran
Pembungkusan melindungi produk daripada bau dengan cara mengekalkan
kerosakan fizikal. Contohnya gegaran semasa persekitaran produk.
pengedaran, hentakan kuat pada struktur luaran
dan geseran atau hakisan.
Sesuai untuk produk makanan yang
berstruktur lembut seperti buah-buahan dan telur.
299

