Page 309 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 309
Jenis-jenis plastik Penerangan
Polyethylene Naphthalate (PEN) Polyethylene Naphthalate (PEN) masih baharu dalam
kelas polyesters dan sangat tahan kepada suhu yang
tinggi. PEN juga mempunyai ketahanan yang kuat
terhadap pencemaran yang disebabkan oleh karbon
dioksida, oksigen dan wap air. Kelemahan bahan ini ialah
kos antara tiga hingga empat kali lebih mahal daripada
PET atau PETE.
Buah-buahan segar Jus
High-Density Polyethylene (HDPE) HDPE dibina daripada resin yang kuat kukuh, mudah
dikitar semula, legap dan tahan suhu tinggi. HDPE tidak
disarankan untuk digunakan berulang kali kerana boleh
menghasilkan tindak balas kimia yang membahayakan
kesihatan. HDPE sering digunakan untuk membungkus
makanan panas dan sejuk beku.
Susu Bijirin
Low-Density Polyethylene (LDPE) LDPE mudah dihasilkan dan fleksibel. LDPE tidak
menghasilkan tindak balas kimia dan selamat untuk
menyimpan makanan. LDPE digunakan sebagai beg
plastik dalam pembungkusan produk makanan.
Beg plastik
Polypropylene (PP) PP diperbuat daripada polimer termoplastik yang
tahan panas dan kukuh. PP dapat menghalang
kelembapan daripada masuk ke dalam makanan.
PP sesuai untuk dijadikan sebagai cawan plastik,
botol susu bayi, bekas makanan dan kosmetik.
Cawan plastik Bekas makanan plastik
303

