Page 313 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 313

(a)  Panel Maklumat Pemakanan

                 Panel maklumat pemakanan merujuk kepada senarai jumlah tenaga dan beberapa nutrien
                 seperti karbohidrat, protein dan lemak yang terdapat dalam sesuatu produk makanan. Maklumat-
                 maklumat ini penting sebagai rujukan pada pengguna. Berikut merupakan beberapa contoh panel
                 maklumat pemakanan:

                                     Jadual 6.2 Contoh panel maklumat pemakanan pada roti

                                      MAKLUMAT PEMAKANAN / NUTRITION INFORMATION
                                           Saiz Hidangan / Serving Size : 2 keping (68 g)

                                       Jumlah Hidangan Setiap Paket / Serving Per Package : 4

                     Nutrien / Nutrients           Setiap 100 g / Per 100 g     Setiap Hidangan / Per Serving
                      Tenaga / Energy                 249 kcal (1042 kJ)               15 kcal (523 kJ)

                  Karbohidrat / Carbohydrate               32.0 g                          16.0 g
                      Protein / Protein                    8.0 g                           4.0 g

                        Lemak / Fat                        8.0 g                           4.0 g

            (b)  Akuan Pemakanan Pada Label

                 Akuan pemakanan merujuk kepada sebarang akuan yang dipaparkan pada label produk makanan
                 tentang kualiti pemakanan. Akuan seperti “rendah lemak”, “kaya dengan vitamin C” atau “tiada kalori”
                 sering dijumpai pada produk makanan yang memenuhi syarat-syarat tertentu sebelum membuat
                 akuan berkaitan. Berikut merupakan jenis-jenis dan penerangan berkaitan akuan pemakanan:



                                                     Akuan Pemakanan
                                                      yang Dibenarkan








                    Akuan                     Akuan
                  Kandungan                Perbandingan            Akuan Fungsi                 Akuan
                    Nutrien                   Nutrien                 Nutrien                 Fungsi Lain



             •  Suatu akuan yang      •  Suatu akuan yang      •  Suatu akuan yang      •  Akuan yang
               memperihalkan tahap      membandingkan tahap      memperihalkan            memberikan
               nutrien dalam produk     nutrien atau nilai tenaga   peranan fisiologi     sumbangan positif
               makanan.                 di antara dua atau lebih   nutrien dalam          kepada kesihatan atau
                                        makanan yang sama.       pertumbuhan,             membaiki fungsi atau
             •  Contoh: rendah lemak,
               bebas gula             •  Contoh: natrium         perkembangan dan         mengubah suai atau
                                        dikurangkan, kalsium     fungsi normal badan.     mengekalkan kesihatan
                                        tambahan               •  Contoh: kalsium         dengan komponen
                                                                 membantu                 makanan yang lain.
                                                                 perkembangan tulang    •  Contoh: protein
                                                                 dan gigi yang kuat       membantu membina
                                                                                          dan memperbaik tisu
                                                                                          badan

                                             Rajah 6.5 Akuan pemakanan pada label


                                                                                                         307
   308   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318