Page 314 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 314
Info (c) Senarai Ramuan
Senarai ramuan pada label makanan merupakan cara yang
Penandaan tarikh digunakan terbaik untuk pengguna mengetahui isi kandungan makanan
untuk menunjukkan hayat yang berbungkus. Pengguna juga dapat mengetahui ramuan
penyimpanan (shelf life) produk yang boleh menyebabkan alahan makanan melalui senarai
makanan yang ingin dipasarkan.
yang dipamerkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang
dapat membantu pengguna daripada maklumat senarai
ramuan produk makanan:
Tip
Tip
1 Setiap label pada makanan menyenaraikan ramuan produk
Pengguna yang bijak berdasarkan beratnya.
merupakan pengguna yang
melihat penandaan tarikh Pengguna dapat mengawasi gula tambahan yang mungkin
sebelum membeli sesuatu 2 ditulis dengan nama yang lain seperti sukrosa, maltosa,
produk makanan. dekstrosa, sirap jagung, fruktosa tinggi, madu dan sirap mapel.
Senarai ramuan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk
pengguna mencari ramuan yang perlu untuk meningkatkan
3 tahap kesihatan seseorang. Contohnya, zaitun, jagung, bijiran
Aktiviti penuh dan sebagainya merupakan ramuan yang baik untuk
meningkatkan tahap kesihatan.
Secara berpasangan,
bandingkan tarikh luput pada Pengguna juga dapat mengetahui berkaitan bahan aditif
produk tenusu dan produk yang telah digunakan dalam produk tersebut. Bahan aditif
sejuk beku. Bentangkan hasil 4
perbandingan anda pada termasuklah bahan pengawet, bahan pewarna, bahan perisa,
rakan-rakan sekelas. penambah perisa dan kondisioner makanan yang dibenarkan.
Rajah 6.6 Maklumat senarai ramuan produk makanan
(d) Penandaan Tarikh
Makanan mudah rosak seperti susu, biskut, roti, jus buah, sos dan sebagainya perlu diletakkan tarikh
luput mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985. Tarikh luput ini penting untuk memastikan
keselamatan dan kualiti produk makanan. Sebelum membeli produk promosi atau jualan murah,
kita harus memastikan produk tersebut tidak terlalu hampir dengan penandaan tarikh. Berikut
merupakan penandaan tarikh pada produk makanan:
Penandaan Tarikh
Baik
Jual Tarikh Baik dibeli Guna Minum sebelum
sebelum luput sebelum sebelum sebelum
Rajah 6.7 Penandaan tarikh
308

