Page 312 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 312

Pelabelan

                                             Pelabelan ialah satu set maklumat yang mengandungi keterangan
            6.1.3  Menyediakan maklumat      yang lengkap mengenai produk dan dapat menarik minat pengguna.
                  pada label pembungkusan    Tujuan pelabelan produk pemprosesan makanan adalah untuk:
                  produk.
                                             (a)  Membekalkan maklumat yang benar dan jelas tentang produk
                                                makanan.
                                             (b) Memberi keyakinan kepada pengguna kerana label wajib mematuhi
               Aktiviti                         Peraturan-peraturan Makanan 1985.
                                               Berikut  merupakan maklumat yang terdapat pada label produk
                                             makanan:
             Kumpul panel maklumat
             pemakanan yang terdapat
             pada pembungkusan produk                                              Tarikh luput penggunaan
             makanan di rumah anda.                                                Tarikh tamat tempoh
             Bentangkan dapatan anda.                                              kualiti kesegaran produk

                                                                                   makanan.


                                                                                   Jenama
                                                                                   Nama produk yang
                                                                                   jelas, tepat dan tidak
                                                                                   mengelirukan.


             Komposisi Makanan
             Senarai nutrien yang
             terdapat dalam produk
             makanan.


             Senarai ramuan                                                        Kaedah penyimpanan
             Kandungan bahan                                                       dan penggunaan
             yang digunakan                                                        Arahan penyimpanan
             dalam penyediaan                                                      dan penggunaan
             produk makanan.                                                       mengikut jenis produk.


             Pengawet dan
             pewarna                                                               Tanda ‘Halal’ Jabatan
             Bahan aditif makanan                                                  Kemajuan Islam Malaysia
             yang terdapat dalam                                                   (JAKIM)
             produk makanan.                                                       Piawaian kepada produk
                                                                                   yang bersih, baik, suci dan
             Nama dan alamat                                                       selamat untuk digunakan.
             pengeluar atau
             pengedar. Rujukan
             jika terdapat masalah
             berkaitan produk.                           Isi padu
                                                         Berat sebenar
                                 Kod bar                 kandungan produk
                                 Identifikasi produk     dalam ukuran metrik.
                                 di pasaran tempatan                           Sila imbas AR untuk melihat
                                 dan antarabangsa.                             pelabelan pada pembungkusan.



                                       Rajah 6.4 Maklumat pada label produk makanan

             306
   307   308   309   310   311   312   313   314   315   316   317