Page 327 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 327
6.3 MEMASARKAN PRODUK
Pengenalan
Pemasaran ialah aktiviti merancang dan melaksanakan strategi 6.3.1 Menyatakan konsep
produk, penentuan harga, saluran agihan, promosi dan pengedaran pemasaran.
barang atau perkhidmatan. Pemasaran makanan ditakrifkan sebagai 6.3.2 Menerangkan unsur
rangkaian aktiviti pemasaran yang berlaku dalam industri makanan pemasaran iaitu keluaran,
harga, agihan dan promosi.
melalui interaksi antara pengeluar dan pengguna. Pemasaran makanan
kebiasaannya melibatkan penjualan produk dan perkhidmatan makanan.
Tujuan Pemasaran
Memasarkan dan menjual produk makanan, iaitu antara pengeluar (penternak, petani dan pengilang)
dengan pengguna. Proses ini melibatkan pemprosesan, penjualan gudang, penjualan runcit, perkhidmatan
makanan dan pengangkutan. Tujuan lain pemasaran adalah mewujudkan permintaan yang berkesan dalam
kalangan pengguna dan memberi keuntungan kepada pengeluar.
Konsep Pemasaran
Konsep pemasaran terbahagi kepada dua, iaitu konsep berorientasikan keluaran dan konsep
berorientasi pengguna.
Konsep Berorientasikan Keluaran
Mengutamakan pengeluaran barang atau Konsep Berorientasikan Pengguna
Menghasilkan produk atau
perkhidmatan dengan menumpukan kepada Konsep
penghasilan barangan yang bermutu tinggi. Pemasaran perkhidmatan daripada maklumat
yang dikumpulkan mengenai
Konsep ini juga tidak menitikberatkan kepada
kehendak pengguna. kehendak pengguna.
Rajah 6.14 Konsep pemasaran
Unsur Pemasaran
Dalam menjayakan pelan pemasaran sesuatu produk, terdapat empat unsur utama yang sering digunakan
iaitu keluaran, harga, agihan dan promosi.
1 Keluaran
Keluaran merupakan barangan fizikal atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengeluar
kepada pengguna. Sesuatu keluaran perlu merangkumi ciri-ciri penting supaya dapat memenuhi
kehendak pengguna:
Reka bentuk
Bentuk, rekaan dan saiz yang betul boleh menarik minat pembeli.
Pembungkusan
Warna yang cantik dan menarik, bungkusan kemas, senang dibuka dan ditutup, senang diangkut
dan bermaklumat.
Ciri-ciri Jenama
Keluaran Sebutan dan ejaan yang mudah disebut, senang diingati dan tidak menimbulkan perasaan negatif.
Jaminan pengeluar
Jaminan pulangan wang jika tidak memuaskan dan memberi jaminan yang ditepati.
Kualiti
Barang yang dihasilkan berkualiti supaya dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.
Rajah 6.15 Ciri-ciri keluaran
321

