Page 328 - BUKU TEKS MPV PEMPROSESAN MAKANAN TINGKATAN 4 DAN 5
P. 328

2    Harga                                                              Info

                 Penentuan harga yang kompetetif memerlukan penelitian yang
                 tinggi.  Harga  yang tinggi menyebabkan produk  atau  servis   Kementerian Perdagangan
                 tidak terjual manakala penetapan harga yang rendah akan        Dalam Negeri dan Hal Ehwal
                                                                                Pengguna (KPDNHEP) akan
                 menyebabkan kurangnya kadar keuntungan. Penetapan harga        memantau harga produk-
                 yang  betul  kebiasaannya  diperoleh  semasa  kajian  pasaran.   produk makanan di pasar raya
                 Berikut merupakan faktor-faktor penentuan harga:               pada musim perayaan.



                                             Faktor-faktor Penentuan Harga

                      Jenis keluaran
              a       Jenis keluaran bergantung kepada permintaan  pelanggan. Permintaan yang tinggi boleh
                      meningkatkan harga produk. Permintaan yang rendah boleh menurunkan harga produk.



                      Kos pengeluaran
              b       Kos pengeluaran yang tinggi menjadikan harga produk tinggi, manakala kos pengeluaran
                      yang rendah boleh menurunkan harga produk.



                      Persaingan
              c       Persaingan antara pengeluar dapat menentukan harga yang boleh diterima oleh semua
                      pihak. Jangan bersaing dengan pengeluar yang lebih besar atau yang mempunyai kapital
                      yang lebih tinggi.


                      Undang-undang
              d       Undang-undang harga kawalan perlu dipatuhi seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan
                      menurut Akta Kawalan Harga 1946.


                      Strategi penentuan harga

                      Penentuan harga tinggi
                      •  Harga jualan meningkat berkali ganda berbanding kos pengeluaran. Contohnya barang
              e         mewah atau kurang persaingan.

                      Penentuan harga rendah
                      •  Harga jualan tinggi sedikit daripada kos pengeluaran. Sesuai untuk keluaran baharu, untuk
                        menarik minat pengguna dan produk yang banyak persaingan di pasaran.



                      Penentuan harga berasaskan psikologi
              f       Harga jualan ditetapkan melebihi kos pengeluaran tetapi diberi gambaran seolah-olah tidak
                      terlalu mahal. Contohnya jualan murah RM 9.99 yang dibaca sembilan ringgit dan sembilan
                      puluh sembilan sen berbanding sebutan sepuluh ringgit yang dianggap lebih mahal.



                      Price lining
              g       Pengeluar mengeluarkan beberapa model bagi satu jenama yang sama. Contohnya beg
                      kotak beroda dengan jenama yang sama tetapi saiz dan warna yang berbeza dengan harga
                      berbeza, iaitu RM 79.90, RM 89.90 dan RM 99.90 bertujuan memenuhi kehendak pelbagai
                      lapisan pengguna.



                                          Rajah 6.16 Faktor-faktor penentuan harga

             322
   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333