Page 19 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 19

b)  Koperal Tunas Pertahanan Awam Malaysia (Ketua Skuad)











                                            Rajah 2: Lencana Pangkat Koperal Tuspa


                              c)  Sarjan Tunas Pertahanan Awam Malaysia (Ketua Platun)












                                            Rajah 3: Lencana Pangkat Sarjan Tuspa


                       4.1.3   Peraturan kenaikan dan penurunan pangkat Tuspa:

                             i.   Seseorang  anggota  Tuspa  boleh  dinaikkan  pangkat  seperti  yang  ditetapkan
                                 apabila:

                                 -   Telah menyertai ujian kenaikan pangkat yang dianjurkan di peringkat sekolah
                                     / daerah / negeri / kebangsaan.
                                 -   Lulus ujian atau temu duga khas yang disyaratkan pihak APM.
                                 -   Diperakui oleh Panel Penilai Kenaikan Pangkat Tuspa.

                                       Bil.   Ujian Kenaikan Pangkat       Lantikan
                                       1.     Lans Koperal Tuspa           PPAN dan ke atas
                                       2.     Koperal Tuspa                PPAN dan ke atas
                                       3.     Sarjan Tuspa                 PPAN dan ke atas


                            ii.   Seorang anggota Tuspa boleh diturunkan pangkat apabila:

                                 -   Tidak mencapai darjah kecekapan yang dikehendaki.
                                 -   Diperakui oleh Panel Kenaikan Pangkat Tatatertib Tunas Pertahanan Awam
                                     Malaysia.

                       4.1.4   Keanggotaan Tuspa boleh ditamatkan/ diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

                                 -   Tamat persekolahan
                                 -   Dibuang sekolah

                       4.1.5   Anggota  Tuspa  yang  berpindah  sekolah  boleh  meneruskan  keanggotaan  Tuspa
                              dengan meneruskan keanggotaan dan pangkat yang disandang di sekolah baharunya.

                       4.1.6   Anggota Tuspa yang berpangkat Sarjan Tunas Pertahanan Awam Malaysia sewaktu
                              tamat sekolah rendah akan mendapat pangkat Lans Koperal Kaspa secara automatik
                              sekiranya  anggota  tersebut  menganggotai  Kaspa  apabila  memasuki  sekolah
                              menengah. (Mesyuarat Pengurusan Kaspa Bil. 1/2017)
                                                            7
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24