Page 24 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 24
7.3.3 Pegawai penyelaras / guru penasihat tidak mempunyai masalah untuk mengadakan
aktiviti atau latihan lebih dari masa yang diperuntukkan atas anisiatif pegawai
penyelaras / guru penasihat itu sendiri setelah mendapat kelulusan daripada guru
besar.
7.4 Huraian Kurikulum Latihan
7.4.1 Penyediaan huraian kurikulum latihan ini secara langsung dapat membantu pegawai-
pegawai penyelaras / guru-guru penasihat untuk mencari idea, merancang,
menyediakan bahan bantu serta melaksanakan latihan kepada anggota-anggota
Tuspa mengikut tahap-tahap kebolehan mereka.
Huraian yang disediakan ini terkandung empat lajur di dalamnya, iaitu Tajuk, Hasil
Latihan dan Cadangan Aktiviti dan Perbendaharaan Kata berdasarkan tema-tema
tertentu.
7.4.1.1 Tajuk
Lajur ini mengandungi tajuk latihan. Kandungan lajur ini menentukan skop
latihan bagi sesuatu tema untuk tahun yang berkenaan.
7.4.1.2 Hasil Latihan
Hasil latihan bermaksud huraian mengenai kesedaran, pengetahuan, dan nilai
yang ditetapkan untuk dicapai dalam sesuatu latihan yang dijalankan. Ianya
ditetapkan mengikut sesebuah tema/tajuk.
7.4.1.3 Cadangan Aktiviti
Lajur ini mengandungi aktiviti-aktiviti yang disarankan kepada pegawai-
pegawai penyelaras / guru-guru penasihat untuk menjalan latihan kearah
mencapai hasil latihan yang diharapkan.
7.4.1.4 Perbendaharaan Kata
Lajur ini mengandungi rujukan bagi perkataan-perkataan yang menggunakaan
Bahasa Inggeris dalam pelaksanaan latihan bagi tajuk-tajuk yang berkenaan.
Pegawai penyelaras / Guru penasihat boleh merujuk kepada ruangan ini untuk
mendefinisikan kepada Pasukan sekiranya perlu.
12

