Page 20 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 20

4.2 Keanggotaan Pegawai Penyelaras Tunas Pertahanan Awam Sekolah

                       4.2.1.   Kriteria menjadi Pegawai Penyelaras Tuspa Sekolah adalah:

                             i.   Merupakan guru di sekolah rendah di mana Tuspa ditubuhkan;
                            ii.   Warganegara Malaysia;
                            iii.   Dilatih dan ditauliahkan sebagai Pegawai Pasukan Pertahanan Awam.
                            iv.   Sihat tubuh badan (pengesahan pegawai perubatan jika perlu).
                            v.   Tidak menyertai mana-mana pasukan beruniform lain di sekolah;

                              *  Bagi  keadaan  di  mana  tidak  terdapat  guru  yang  memenuhi  syarat-syarat  di  atas
                              ataupun  pegawai  yang  sedia  ada  berpindah,  seorang  atau  lebih  guru  hendaklah
                              dilantik  oleh  Guru  Besar  sebagai  Guru  Penasihat  Tuspa  bagi  mentadbir  Tuspa  di
                              sekolah berkenaan.

                       4.2.2.   Pelepasan Perkhidmatan sebagai Pegawai Penyelaras Tuspa

                              Pegawai Penyelaras Tuspa boleh ditamatkan perkhidmatan atas sebab-sebab berikut:

                               a.    Berpindah Sekolah;
                               b.    Masalah kesihatan yang kronik (Tidak mampu menjalankan tugas sebaiknya);
                               c.    Tidak dilantik lagi oleh Guru Besar; atau
                               d.    Berhenti dari perkhidmatan perguruan.

                              *  Pegawai  terbabit  masih  lagi  merupakan  Pegawai  Pasukan  Pertahanan  Awam
                              Malaysia,  pegawai terbabit masih lagi boleh berkhidmat sebagai  Pegawai  Pasukan
                              Pertahanan Awam di mana-mana Pejabat Daerah / Unit Pertahanan Awam.

                       4.2.3.  Penamatan  Perkhidmatan  sebagai  Pegawai  Penyelaras  Tunas  Pertahanan  Awam
                             Malaysia

                              Seseorang Pegawai Penyelaras Tunas Pertahanan Awam Malaysia yang juga sebagai
                              Pegawai  /  Anggota  Pasukan  boleh  ditamatkan  perkhidmatan  dalam  angkatan
                              sekiranya  melakukan  apa-apa  kesalahan  di  bawah  kaedah  27  Kaedah-kaedah
                              Pertahanan Awam (Pasukan Pertahanan Awam) 1970.

                   4.3 Pangkat Pentadbir Sekolah

                       4.3.1   Guru Besar sekolah yang berkenaan boleh menyandang pangkat Mejar Bersekutu
                              (PA) atas jawatannya. *
                       4.3.2   Guru Penolong Kanan Kokurikulum boleh menyandang pangkat Kapten Bersekutu
                              (PA) atas jawatannya. *
                       4.3.3   Oleh  kerana  semua  Guru  Besar  dan  Guru  Penolong  Kanan  Kokurikulum  adalah
                              pegawai  kanan  Tuspa  di  sekolah  masing-masing,  maka  mereka  yang  membuat
                              permohonan  rasmi  kepada  PPAN  SAHAJA  yang  akan  dipertimbangkan  untuk
                              dikurniakan sebagai Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam oleh pihak IPPA.

                              * Pelantikan  pangkat  pegawai  bersekutu Guru  Besar sekolah:  Arahan Tetap Ketua
                              Pesuruhjaya Bil. 3 Tahun 2018 – Struktur Pelantikan Pegawai Kehormat dan Pegawai
                              Bersekutu Pertahanan Awam (Institusi Pendidikan Tinggi Awam / Swasta dan Sekolah)

                5.  PENTADBIRAN

                    5.1. Bayaran Elaun oleh pihak Pertahanan Awam Malaysia

                       5.1.1.  Anggota Tuspa tidak layak menerima sebarang elaun.
                       5.1.2.  Pegawai Penyelaras Tuspa dan Guru Penasihat Tuspa yang telah menjadi anggota
                              APM adalah layak menerima elaun mengikut pangkat yang disandang sepertimana
                              kadar yang ditetap dan diterima pakai oleh mana-mana pekeliling Kerajaan.
                       5.1.3.  Guru Penasihat Tuspa yang bukan merupakan anggota APM TIDAK LAYAK menuntut
                              sebarang elaun daripada pihak APM.

                                                            8
   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25