Page 23 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 23

1.  Pengenalan Pertahanan Awam & Ketatanegaraan
                                 2.  Pembinaan Sahsiah
                                 3.  Asas Kawad Kaki
                                 4.  Perawatan Awal dan Asas Menyelamat
                                 5.  Asas Ikatan dan Simpulan
                                 6.  Asas Melawan Kebakaran
                                 7.  Asas Perkhemahan
                                 8.  Keselamatan

                              Tema-tema  ini  tidak  semestinya  diajar  secara  berturutan.  Pegawai-pegawai
                              Penyelaras/guru-guru penasihat boleh menyesuaikan tema-tema ini mengikut keadaan
                              semasa.

               7.2     Perkhemahan Tahunan

                       Perkhemahan tahunan boleh dilaksanakan setahun sekali di peringkat sekolah dan di dalam
                      kawasan sekolah ataupun di luar kawasan sekolah. Pihak pentadbir sekolah bersama-sama
                      dengan  pegawai  penyelaras/guru  penasihat  mempunyai  fleksibiliti  untuk  mengadakan
                      perkhemahan secara berasingan ataupun berkonsepkan perkhemahan perdana bersama unit-
                      unit beruniform yang lain.

                       Walau  bagaimanapun,  segala  prosedur  dan  peraturan  bagi  melaksanakan  perkhemahan
                      tahunan mestilah sentiasa diikuti bagi melancarkan aktiviti dan mengelakkan segala perkara
                      yang tidak diingini berlaku.

               7.3     Strategi Pelaksanaan Latihan

                      7.3.1   Dalam  usaha  menjadikan  penyampaian  kandungan  silibus  berkesan  kepada  setiap
                              anggota Tuspa, kaedah penyampaian serta strategi pelaksanaan latihan yang pelbagai
                              harus  difikirkan  dan  digunakan  oleh  pegawai  penyelaras  atau  guru-guru  penasihat
                              Tuspa sekolah. Aktiviti-aktiviti fizikal, permainan dan  aktiviti di luar bilik darjah yang
                              berkaitan  boleh  dilaksanakan  ditambah  pula  dengan  aktiviti-aktiviti  hands-on  bagi
                              memudahkan lagi penerimaan anggota-anggotaTuspa terhadap kandungan silibus.

                              Juga dalam usaha untuk melaksanakan latihan dan mencapai hasil latihan, pegawai
                              penyelaras/guru penasihat boleh meminta bantuan PDPA terdekat sekiranya perlu.

                      7.3.2   Pelaksanaan kurikulum bagi Tunas Pertahanan Awam Malaysia merangkumi minimum
                              12  kali  bersamaan  24  jam  latihan  dalam  setahun.  Cadangan  pecahan  jam  latihan
                              adalah seperti berikut:

                              Jumlah jam interaksi minimum kokurikulum (unit beruniform) setahun: 24 jam

                              Jumlah  waktu  interaksi  minimum  pelaksanaan  kokurikulum  bagi  Tunas  Pertahanan
                              Awam Malaysia adalah seperti berikut:

                              - Anggota tahun 4, 5 & 6: 120 minit seminggu

                                      * Rujuk Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum
                                      Sekolah Rendah (PAJSK - SR)

                              Maka, cadangan peruntukan minimum jam latihan Tunas Pertahanan Awam Malaysia
                              mengikut tema adalah seperti berikut:

                                         1.  Pengenalan Pertahanan Awam & Ketatanegaraan – 2 jam
                                         2.  Pembinaan Sahsiah – 2 jam
                                         3.  Asas Kawad Kaki – 6 jam (Pelaksanaan sepanjang tahun)
                                         4.  Perawatan Awal dan Asas Menyelamat – 3 jam
                                         5.  Asas Ikatan & Simpulan – 3 jam
                                         6.  Asas Melawan Kebakaran – 3 jam
                                         7.  Asas Perkhemahan – 3 jam
                                         8.  Keselamatan – 2 jam
                                                           11
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28