Page 22 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 22

5.6.     Laporan

                       5.6.1.  Pada setiap awal tahun, Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa dikehendaki
                              menghantar laporan kepada PPAD / PPAU berkaitan perkara-perkara berikut dengan
                              pengesahan Guru Besar/ Guru Penolong Kanan Kokurikulum:
                              -   Senarai nama anggota Tuspa sekolah
                              -   Maklumat peribadi lengkap semua Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa
                                 sekolah dan;
                              -   Takwim dan jadual latihan Tuspa Sekolah.


                       5.6.2.  Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa sekolah hendaklah menghantar laporan
                              tahunan kepada PPAD / PPAU dan sesalinan kepada Pengarah Pendidikan Negeri
                              serta  PPAN  pada setiap minggu terakhir persekolahan setiap tahun berhubung
                              dengan perkara-perkara berikut:

                              -   Senarai nama Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa terkini
                              -   Kekuatan keanggotaan Tuspa;
                              -   Perjawatan;
                              -   Latihan / kursus / aktiviti / penilaian;
                              -   Pencapaian; dan
                              -   Lawatan orang kenamaan jika ada.


               6.  LOGISTIK

               6.1.    Pengangkutan

                        Pihak  pengurusan  Tuspa  Sekolah  boleh  memohon  bantuan  pengangkutan  daripada
                        PNPA/PPAD/PPAU dan akan dipertimbangkan sekiranya pihak sekolah tidak mempunyai
                        pengangkutan  serta  sekiranya  pihak  PNPA/PDPA/PUPA  tidak  mempunyai  masalah
                        pengangkutan  yang  diperlukan  tersebut.  Namun  begitu,  pihak  pengurusan  Tuspa  sekolah
                        perlu memohon bantuan PPD, JPN, sekolah lain atau pihak-pihak yang lain terlebih dahulu.

               6.2     Peralatan Latihan

                        Permohonan pihak pengurusan Tuspa Sekolah berkenaan bantuan peralatan latihan daripada
                        PNPA/PPAD/PPAU boleh dibuat dan akan dipertimbangkan jika pihak PNPA/PPAD/PPAU
                        tidak mempunyai masalah pembekalan peralatan latihan yang diperlukan tersebut.

               6.3     Peralatan Perkhemahan

                        Pihak JPN/PPD perlu menyediakan dan menguruskan peralatan perkhemahan Tuspa. Walau
                        bagaimanapun, bantuan peralatan tambahan boleh dipohon daripada PNPA/PPAD/PPAU
                        masing-masing  dan  akan  dipertimbangkan  jika  pihak  terbabit  tidak  mempunyai  masalah
                        pembekalan peralatan perkhemahan tersebut.


               7.  KANDUNGAN KURIKULUM LATIHAN TUNAS PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

               7.1     Tema

                        Tunas Pertahanan Awam Malaysia mengutamakan tiga objektif dalam kurikulum latihan iaitu
                        objektif  pengetahuan,  kemahiran  dan  nilai.  Kurikulum  latihan  ini  dijalankan  berdasarkan  8
                        tema berikut:







                                                           10
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27