Page 21 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 21
5.1.4. Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam juga TIDAK LAYAK menerima apa-apa
bayaran elaun daripada pihak APM.
5.2. Ganti Rugi Berhubung Dengan Kecederaan
5.2.1. Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa digalakkan mengambil insurans secara
individu atau kelompok apabila menyertai aktiviti di luar kawasan sekolah.
5.2.2. Anggota Tuspa dikehendaki mengisi borang kebenaran ibu bapa / penjaga sebelum
menyertai mana-mana aktiviti yang berkaitan di luar kawasan sekolah.
5.2.3. Semua anggota Tuspa sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan adalah
tertakluk kepada Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM). (SPI KPM Bil.
6/2006)
5.2.4. Pegawai Penyelaras Tuspa serta Guru Penasihat Tuspa yang telah menjadi anggota
APM tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Pertahanan Awam (Bencana Diri) 1970
semasa menjalankan tugas rasmi.
5.2.5. Guru Penasihat yang bukan merupakan anggota APM serta anggota Tuspa tidak layak
menuntut pampasan daripada pihak APM.
5.3. Mesyuarat
5.3.1. Mesyuarat Penyelarasan Tuspa berikut hendaklah diadakan:
i. Mesyuarat penyelarasan pentadbiran / pengurusan peringkat pusat
antara pihak IPPA dan APM Negeri dengan pihak KPM, JPN serta Pegawai
Teknikal Tuspa Negeri-Negeri sekurang-kurangnya sekali setahun.
ii. Mesyuarat pengurusan Tuspa peringkat negeri antara APM negeri dengan
Pegawai Teknikal Tuspa Negeri dan Pegawai-Pegawai Teknikal Tuspa
Daerah atau dengan semua pegawai penyelaras Tuspa sekolah yang terlibat
sekurang-kurangnya sekali setahun.
5.3.2. Mesyuarat-mesyuarat lain boleh diadakan pada bila-bila masa.
5.4. Majlis
5.4.1. Anggota Tuspa dibenarkan menyertai dalam majlis / istiadat perayaan di peringkat
kebangsaan / negeri / bahagian / daerah yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia / kementerian yang bertanggungjawab ke atas Pertahanan Awam Malaysia
ataupun oleh agensi-agensi yang lain.
5.4.2. Kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Guru Besar / PPD /
JPN.
5.4.3. Bagi majlis yang diadakan di luar kawasan sekolah, borang kebenaran ibu bapa /
penjaga bagi setiap anggota Tuspa yang terlibat perlu dilengkapkan dan diuruskan
oleh Pegawai Penyelaras / Guru Penasihat Tuspa Sekolah terlebih dahulu.
5.4.4. Makluman dan pelaporan kepada PPAD / PPAU hendaklah juga dibuat berkaitan
penyertaan anggota Tuspa dalam aktiviti-aktiviti luar kawasan sekolah.
5.5. Tugasan
5.5.1. Anggota Tuspa boleh diarahkan untuk membantu guru dalam kerja-kerja bantuan
kecemasan, kawalan keselamatan atau apa-apa bantuan yang berkaitan dengannya
di dalam kawasan sekolah.
5.5.2. Semua tugasan yang dilaksanakan adalah wajib dilaksanakan sebagai aktiviti
kokurikulum sekolah dan diberikan markah tambahan di dalam penilaian kokurikulum
mereka (PAJSK).
5.5.3. Semasa menjalankan tugas, anggota Tuspa hendaklah sentiasa diselia oleh Pegawai
Penyelaras atau Guru Penasihat ataupun jurulatih pasukanTuspa.
5.5.4. Anggota Tuspa hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau
penjaga sebelum menjalankan aktiviti sekolah di luar kawasan sekolah.
9

