Page 75 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 75

b)   Ayat Hukuman

                       “Skuad….. sedia!”

                   c)  Kesalahan Biasa Dilakukan

                      i.   Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas menjadi terbatas.
                     ii.   Tidak sedia dan menggerakkan mata.
                     iii.   Kaki dan badan tidak menghadap ke hadapan, tumit tidak rapat.
                     iv.   Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
                     v.   Bahagian belakang tangan menghala ke hadapan.
                     vi.   Pergelangan tangan tegang.
                    vii.   Membuka jari telunjuk terlalu ke bawah daripada yang lain.














                                Pandangan hadapan                  Pandangan sisi


            BUKA / TUTUP BARISAN

            Bagi memeriksa skuad atau mengawadkan skuad, mustahak bagi jurulatih membuat pergerakan ini, seperti
            hendak memeriksa pakaian skuad atau lain-lain. Pergerakan ini dilakukan oleh barisan hadapan dan barisan
            belakang sahaja, manakala barisan tengah diam. Sekiranya skuad hanya dalam dua barisan, pergerakan ini
            dilakukan oleh barisan belakang sahaja.


            Buka Barisan

                   a)  Penerangan
                       Terdapat tiga langkah pergerakan buka barisan dengan nombor:

                       Buka Barisan – Satu

                         i.      Barisan hadapan langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci.
                         ii.     Barisan belakang langkah kaki kiri ke belakang sejauh 15 inci.
                        iii.     Kedua-dua tapak kaki rata di atas bumi.
                        iv.      Anggota kadet yang lain diam.
                         v.
                       Skuad – Dua

                         i.      Barisan hadapan langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci.
                         ii.     Barisan belakang langkah kaki kanan ke belakang sejauh 30 inci.
                        iii.     Tapak kaki kanan / kiri rata di atas bumi, tumit ke kiri / kanan di belakang terangkat
                                 sedikit.
                        iv.      Anggota kadet yang lain diam.


                       Skuad – Tiga

                         i.      Barisan hadapan langkahkan kaki kiri ke hadapan sejauh 15 inci dan hentak.
                                                            48
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80