Page 72 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 72

b)  Secara Khusus

                          •   Memahami selok belok tentang kawad
                          •   Sentiasa mempertingkatkan diri dalam kawad persendirian
                          •   Memahami semua pergerakan kawad
                          •   Boleh mengawadkan skuad


            TUJUAN DAN ETIKA BERKAWAD

                   a)  Tujuan Berkawad

                      i.   Membentuk anggota yang mempunyai tahap tatatertib dan disiplin yang tinggi serta cergas.
                     ii.   Membentuk anggota yang taat kepada perintah ketua.
                          Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu pasukan.




                   b)  Etika di Padang Kawad

                      i.   Jurulatih hendaklah memeriksa pakaian skuadnya dan menegurkesalahan serta diperbetulkan
                          sebelum berkawad.
                     ii.   Semasa keluar dan masuk semasa berbaris, jurulatih hendaklah memastikan anggota
                          meminta kebenaran iaitu menyatakan dirinya kepada jurulatih supaya mengizinkan diamasuk
                          baris.
                     iii.   Semua anggota dilarang berjalan sambil-sambilan di atas padang kawad sekiranya tidak
                          berkawad.
                     iv.   Semasa tamat pelajaran, anggota hendaklah “bersurai’ untuk memberi hormat kepada semua
                          jurulatih ataupun pegawai yang mengambil bahagian.

            KAWAD STATIK

            MASUK BARIS

                   a)  Penerangan (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)

                         i.   Semua orang berbaris dalam tiga barisan (hadapan, tengah dan belakang).
                         ii.   Jarak antara barisan adalah 30 inci.
                        iii.   Jarak antara ahli adalah jarak satu tangan (dengan jari digenggam).
                        iv.   Semua berdiri dalam keadaan rehatkan diri.


                   b)  Ayat Hukuman (Tiga Barisan Di Hadapan Saya – Gerak)

                       “Dengar sini semua sekali! Apabila dapat hukuman, tiga barisan di hadapan saya gerak! Skuad
                       hendaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah di mana saya
                       menghadap. Faham Itu skuad!”

                       “Tiga barisan dihadapan saya gerak!”

                       Peringatan: Kalau skuad dalam kedudukan sedia, hendaklah di beri hukuman
                       “Pusing kekanan berlari berbaris…………………………”
                       Kalau dari mulasenang diri, diakhiri dengan senang diri.

            KANAN LURUS

                   a)  Penerangan

                      i.   Tangan kanan diangkat ke paras bahu dengan orang di sebelah kanan. Jari digenggam
                          dengan bahagian belakang tangan ke atas.
                                                            45
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77