Page 71 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 71
PENGENALAN
Kawad kaki merupakan salah satu pelajaran dalam Pertahanan Awam yang perlu dikuasai oleh setiap anggota
bagi membina karakter dan sahsiah disiplin dalam diri. Berkawad adalah asas untuk membentuk tatatertib di
dalam pasukan beruniform dan panduantatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang
diperbaiki berkali-kali. Kebiasaannya apabila kejayaan tercapai tidak kira di mana tempatnya, maka upacara
perbarisan akan dilaksanakan demikepentingan untuk menyatukan semua anggota sebagai satu keluarga.
Kawad kaki yang baik dan tinggi mutunya bukanlah dipelajari di atas padang kawad semata-mata dan
kemudian dilupakan atau sebagai keramaian sahaja. Adalah menjadi tugas utama bagi tiap-tiap anggota supaya
mempercayai diri sendiri dan bertatatertib setiap masa. Jika sekiranya kelakuan yang tidak senonoh, lalu
berpakaian tidak baik, dan lain-lain kelakuan yang buruk itu dibiarkan semasa rekrut atau selepasnya, maka
alamat kejatuhan atau kekalahan pasti diperolehi oleh pasukan itu.
OBJEKTIF AM DAN KHUSUS ASAS KAWAD KAKI
a) Secara Am
i. Attitude
• Melahirkan anggota yang berdisplin, menepati masa dan mematuhi setiap arahan dari
semasa ke semasa.
ii. Skill
• Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang-bidang kemahiran Pertahanan
Awam dan memastikan ilmu Pertahanan Awam yang di pelajari mempunyai standard yang
sama.
iii. Knowledge
• Meningkatkan ilmu kemahiran yang tinggi dan mewujudkan sifat-sifat sentiasaingin
membantu dalam apa-apa situasi kecemasan.
Gambar Hiasan: Kawad kaki dapat melahirkan murid yang berdisiplin, menepati masa dan mematuhi setiap
arahan dari semasa ke semasa
44

