Page 90 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 90
Walaupun begitu, kebakaran yang berpunca dari peralatan elektrik pula tidak dikelaskan.
Nota: Pengelasan jenis api kebakaran di atas hanya sah untuk rujukan di Malaysia sahaja. Di negara-negara
lain, pengelasan jenis api adalah berbeza.
PENGUNGSIAN BANGUNAN
Terperangkap Di Dalam Bilik
Apabila seseorang terperangkap di dalam sebuah bilik yang terbakar dan dipenuhi asap, perkara-perkara berikut
perlu diberi perhatian:
a) Hendaklah menuju ke dinding dan merayap je sekeliling sehaluan sehingga berjumpa dengan pintu
keluar.
b) Sebelum membuka pintu, tentukan kepanasan permukaan pintu sebelum membukanya dengan
menggunakan permukaan belakang tapak tangan. Sekiranya panas, elakkan daripada membuka pintu
tersebut kerana berkemungkinan kebakaran besar dan api sedang marak.
c) Dalam usaha untuk keluar daripada bilik tersebut, bergerak secara merangkak kerana udara bersih
dan sejuk adalah di permukaan bawah bilik dan seseorang itu lebih mudah untuk mengesan pintu
keluar sekiranya masih ada lagi cahaya kebakaran.
Tindakan apabila terperangkap di dalam bilik
Melepaskan Diri Dari Tingkat Pertama
Beberapa perkara perlu diambil perhatian apabila ingin melepaskan diri dari bangunan terbakar di tingkat
pertama:
a) Beri perhatian kepada tangga kerana tangga akan menjadi punca bahaya jikalau ia terbakar.
b) Rapatkan diri ke bahagian dinding ketika menggunakan tangga.
c) Menyusur ke bawah dengan cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum memijak anak tangga.
d) Pastikan kepanasan tangga tersebut jika tangga tersebut diperbuat daripada besi.
e) Jika keluar melalui tingkap, pastikan keluar dalam keadaan membelakang serta keluar dengan
berhati-hati tanpa terburu-buru.
f) Pastikan tahap keselamatan sebelum keluar melalui tingkap.
59

