Page 92 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 92

PENGENALAN

            Perkhemahan adalah satu aktiviti bagi memenuhi masa lapang dan untuk merehatkan fikiran. Perkhemahan
            juga boleh  mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan apabila melakukannya bersama-sama. Aktiviti
            seperti mendaki gunung, berbasikal, berkayak, bersampan dan berakit di sungai bolah dilakukan dalam aktiviti
            perkhemahan.  Perkhemahan  boleh  menjadi  satu  aktiviti  yang  sangat  menyeronokkan  dan  selamat  untuk
            dijalankan jika dilakukan dengan cara yang betul.

                   Antara  kemahiran  yang  perlu  dipelajari  sebelum  menjalankan  aktiviti  perkhemahan  termasuklah
            kemahiran pengurusan dan merancang aktiviti perkhemahan.Ia melibatkan bermalam sama ada satu malam
            atau lebih, sama ada di hutan, kawasan sekitar rumah, di pantai, tempat rekreasi dan lain-lain tempat yang
            sesuai. Aktiviti perkhemahan ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berkumpulan mengikut keperluan,
            dan tujuan aktiviti perkhemahan itu diadakan.

                   Di dalam aktiviti perkhemahan itu pula boleh diselitkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang sesuai
            dengan kehendak program dan keadaan sekitar. Di antara contoh aktiviti tersebut ialah ceramah, aktiviti lasak,
            abseiling, orienteering dan sebagainya.

                   Dalam aktiviti badan beruniform, aktiviti perkhemahan dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi
            kemahiran asas perkhemahan kepada  anggota kadet seperti mengenali jenis-jenis khemah, menyalakan api,
            makanan tumbuhan dan termasuk kemahiran asas ikhtiar hidup.

                   Antara tujuan-tujuan perkhemahan adalah seperti berikut:

                                                                            •Meluaskan pengetahuan dan
                                                                             pendedahan tentang kehidupan
                                                                             berkhemah kepada anggota kadet
                                                   Kemahiran                •meningkatkan kemahiran dan
                                                                             kecekapan anggota kadet dalam
                                                                             perkhemahan
                                                                            •pendedahan kepada anggota
                                                                             kadet tentang pendidikan di luar
                                                                             rumah yang lebih mencabar
                                                    Berdikari               •mendidik anggota kadet
                                                                             menyelesaikan tugasan dengan
                                                                             bertanggungjawab

                                                                            •merapatkan hubungan
                                                   Hubungan                  persaudaraan antara anggota
                                                                             kadet
                                               antara anggota               •mengeratkan perpaduan sesama
                                                                             anggota













                                                            61
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97