Page 94 - Buku Panduan Pengurusan TUSPA
P. 94

Khemah nilon bentuk "A" atau ponco (seperti digunakan oleh tentera) yang sesuai digunakan di kawasan
               tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat
               yang agak panas.

























                                                    Khemah nilon Dome


               Khemah  nilon  berbentuk  Dome  adalah  sesuai  digunakan  dipergunungan  kerana  boleh  ditutup  dan
               menghalang  dari  kesejukan.  Khemah  ini  boleh  memerangkap  udara  panas  di  dalam  khemah  dan
               menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di
               persekitaran yang sejuk.























                                                    Khemah nilon Igloo

               Khemah nilon berbentuk Igloo adalah sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji.
               Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

            SENARAI PERALATAN PERKHEMAHAN

            Apa yang perlu dan apa yang tidak perlu diberi perhatian untuk satu perkhemahan adalah bergantung kepada
            beberapa faktor seperti tempoh masa, tempat dan bilangan peserta. Berikut disenaraikan antara peralatan asas
            yang perlu anda bawa untuk memastikan perkhemahan anda selamat dan selesa:

                       a.  Khemah yang sesuai.
                       b.  Beg galas
                       c.  Dapur (gas atau minyak – bahan tambahan serta alat gantinya)
                       d.  Pelita (jenis minyak atau gas bersama alat gantinya)
                       e.  Messtin, pinggan, sudu, garpu dan lain-lain.
                       f.  Botol air, kole dan bekas minuman.
                       g.  Pisau dan pembuka tin

                                                            63
   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99