Page 143 - BUKU TEKS SK T4
P. 143

Lihat analogi dalam Rajah 1.50. Bayangkan sebuah bangunan yang
                                       panjang dengan nama Asrama Bujang. Terdapat enam bilik untuk seorang
                                       guru yang berstatus bujang bagi setiap satunya. Perhatikan bahawa setiap
                                       bilik mempunyai nama bilik yang menggunakan indeks. Indeks ialah
                                       senarai nombor yang bermula daripada sifar. Indeks memudahkan pemilik
                                       bangunan “AsramaBujang” untuk mengesan bilik mana yang kosong dan
                                       mengemaskinikan status bilik. Sebagai contoh, nombor-nombor bilik ialah
                                       no[0], no[1], no[2], no[3], no[4] dan no[5].














                           Rajah 1.50 Analogi pemboleh ubah jenis tatasusunan ialah sebuah bangunan dengan banyak bilik

                       ?               Pengumpukan Tatasusunan

                Tahukah                Pengisytiharan  tatasusunan menyediakan  ruang  memori  yang  masih
                Anda                   kosong. Oleh sebab itu, nilai perlu diberikan melalui proses pengumpukan.

                Mari fikirkan sejenak.  Selepas diisytihar, nilai  diumpuk dengan memanggil elemen-elemen
                • Bilik-bilik dengan nama   tatasusunan satu-persatu:
                 no[0] - no[5] ialah
                 jenis bangunan Asrama                  senaraiMarkah[0] = 34;
                 Bujang.
                                                        senaraiMarkah[1] = 56;
                • Bilik pertama ialah
                 no[0].
                                                        senaraiMarkah[2] = 78;
                • Nama bilik no[5] ialah
                 bilik keenam.
                                                        senaraiMarkah[3] = 89;
                • Nama bilik no[6] tidak
                 wujud dalam contoh ini.
                                                        senaraiMarkah[4] = 56;
                                                        senaraiMarkah[5] = 95;


                                           Dalam memori komputer, elemen-elemen dalam tatasusunan sentiasa
                                       diletakkan sebelah-menyebelah dalam satu blok memori.
                                            Nama                        Elemen-elemen
                                          tatasusunan


                                           senaraiUmur    34     56     78      89     56     95

                                              Indeks      0      1       2      3      4       5
                                               Rajah 1.51 Sel memori menunjukkan elemen-elemen dalam tatasusunan

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                134
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148