Page 142 - BUKU TEKS SK T4
P. 142

Contoh:
                                              int [] senaraiMarkah;


                    Dalam contoh ini, jenis tatasusunan int ialah integer. Simbol [] merujuk jenis pemboleh ubah
                 iaitu tatasusunan. Nama tatasusunan ialah senaraiMarkah.
                 •  Saiz tatasusunan:
                           namaTatasusunan = new jenisData [saizTatasusunan];

                    Dalam baris kedua, bilangan elemen dalam tatasusunan diisytiharkan. Kata kunci new digunakan
                 untuk set saiz tatasusunan. Ini diikuti oleh jenis data jenisData dan saiz tatasusunan dalam tanda
                 kurung [].
                 Contoh:
                                          senaraiMarkah = new int[6];

                    Dalam contoh ini, pemboleh ubah tatasusunan boleh mengandungi enam elemen pemboleh
                 ubah jenis integer, seperti yang dinyatakan dalam new int[6]. Enam ruang memori yang kosong
                 diperuntukkan untuk menyimpan data jenis integer dan semuanya adalah untuk tatasusunan bernama
                 senaraiMarkah.
                    Baris pertama mesti ditulis dahulu sebelum baris kedua. Pengisytiharan tatasusunan bernama
                 senaraiMarkah dibuat seperti susunan yang berikut:
                                              int [] senaraiMarkah;
                                          senaraiMarkah = new int[6];

                    Lihat ruang memori untuk tatasusunan dalam jadual berikut dan bandingkan dengan ruang memori
                 pemboleh ubah mudah.

                                           [0]      [1]      [2]      [3]      [4]      [5]
                            senaraiMarkah  0        0        0        0         0        0


                                             Rajah 1.49 Ruang memori untuk tatasusunan

                    Perhatikan bahawa tatasusunan ialah koleksi-koleksi sel memori dengan satu nama dan indeks.
                 Indeks tatasusunan bermula daripada sifar. Jadi, dalam contoh enam elemen, indeks ialah 0, 1, 2,
                 3, 4 dan 5. Perhatikan bahawa nilai-nilai elemen ialah 0 dalam setiap sel. Hal ini demikian kerana
                 tatasusunan ini masih belum diberikan sebarang nilai.

                              Jadual 1.16 Ruang memori pemboleh ubah mudah berbanding ruang memori tatasusunan

                    Pemboleh ubah Mudah                      Pemboleh ubah Tatasusunan
                          markah                           [0]    [1]     [2]    [3]    [4]     [5]

                            0                senaraiMarkah  0      0      0       0      0      0




                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  133
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147