Page 144 - BUKU TEKS SK T4
P. 144

Pengumpukan Nilai Awal Tatasusunan

                 Dalam pengumpukan nilai awal, umpukan dibuat ketika melakukan
                 pengisytiharan. Sebagai contoh:
                   int [] senaraiMarkah = {34,56,78,89,56,95}

                                                                                    Arrays
                                                                                    http://goo.gl/JiHxCA
                          Pengisytiharan            Pengumpukan nilai awal
                    Kombinasi jenis data dan tanda kurung  int  []  adalah untuk
                 mengisytiharkan nama senaraiMarkah sebagai pemboleh ubah tatasusunan
                 integer. Oleh sebab umpukan awal digunakan, saiz tatasusunan tidak perlu
                 dimasukkan dalam tanda kurungan [] pengisytiharan.

                    Saiz tatasusunan ditentukan secara automatik oleh pengumpukan
                 nilai-nilai berdasarkan bilangan data dalam tanda kurung dakap "{" dan
                 "}". Semua data yang hendak disimpan ialah satu jenis yang sama.

                           Jadual 1.17 Lukisan blok memori pemboleh ubah mudah berbanding lukisan blok memori tatasusunan

                    Pemboleh ubah Mudah                      Pemboleh ubah Tatasusunan

                          markah                           [0]    [1]     [2]    [3]    [4]     [5]
                            34               senaraiMarkah  34    56      78     89     56      95




                 Perbezaan Struktur Memori antara Pemboleh
                 Ubah Mudah dengan Memori Tatasusunan
                 Katakan seorang guru ingin merekodkan markah bagi subjek Teknologi
                 Maklumat (TM) yang diajarinya. Dalam segmen atur cara di bawah        Uji Minda
                 menunjukkan contoh perbezaan pengisytiharan pemboleh ubah mudah    Apakah yang terjadi
                 dengan pengisytiharan tatasusunan:                                 sekiranya pemboleh
                                                                                    ubah tidak diisytiharkan
                 public static void main(String [] args)                            terlebih dahulu?

                 {

                 int [] markah = {56,78,34}; // tatasusunan
                 }

                    Dalam memori komputer, maklumat ini disimpan seperti yang berikut:


                                markah
                        [0]      [1]       [2]
                        34       56        78


                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                  135
   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149