Page 145 - BUKU TEKS SK T4
P. 145

Semua data markah disimpan dalam satu nama pemboleh ubah
                                       sahaja, iaitu pemboleh ubah  markah. Jika berlaku penambahan data
                                       markah, guru hanya perlu menambah nilai data tanpa mengisytiharkan
                                       nama pemboleh ubah yang baharu. Data disimpan berjujukan di dalam
                  Uji Minda
                                       ruang memori.
               Kelas tatasusunan
               terdiri daripada            Hal ini berbeza dengan pengisytiharan tanpa menggunakan
               pelbagai static methods   tatasusunan. Setiap data akan disimpan dalam pemboleh ubah yang
               yang bertujuan untuk    berbeza dan ditempatkan di dalam ruang memori pada lokasi yang
               mencari tatasusunan,    berbeza seperti yang ditunjukan dalam rajah di bawah:
               membandingkan
               tatasusunan dan mengisi   public static void main(String [] args)
               elemen tatasusunan.
               Apakah kelas tatasusunan   {
               tersebut? Cuba anda
               dan rakan-rakan         int markah1 = 56, markah2 = 78, markah3 = 34;
               berusaha untuk mencari
               jawapannya.
               Selamat Mencuba!        }


                   Di dalam memori komputer, maklumat ini disimpan seperti yang berikut:


                                     markah1           markah2                     markah3
                                        56                78                         34


                   Data disimpan dalam alamat yang berbeza di dalam memori. Apakah yang berlaku jika guru ingin
               menambahkan data markah? Adakah guru perlu mengisytiharkan pemboleh ubah tambahan yang
               berbeza bagi memegang nilai-nilai markah tersebut? Bayangkan jika data yang hendak ditambah itu
               banyak dan data akan disimpan secara rawak di mana-mana lokasi dan tidak tersusun. Hal ini akan
               menyebabkan proses mencapai data dari memori untuk diproses bagi menghasilkan maklumat akan
               menjadi lambat kerana data ditempatkan pada ruang alamat yang berbeza di dalam ingatan.



               Atur cara yang Menggunakan Tatasusunan
               Elemen boleh dipanggil menggunakan indeks tatasusunan. Sebagai contoh, diisytiharkan
               tatasusunan berikut:
                                    int [] senaraiMarkah = {86,78,80};

                   Tatasusunan di atas masing-masing mempunyai tiga elemen dengan indeks 0, 1 dan 2. Oleh itu,
               gunakan sintaks berikut untuk memanggil elemen-elemen tersebut.
                                           nama_tatasusunan[indeks]

                   Dalam contoh senaraiMarkah, setiap elemen dipanggil dengan kod-kod atur cara yang berikut:
               •  senaraiMarkah[0] akan memberikan nilai 86
               •  senaraiMarkah[1] akan memberikan nilai 78
               •  senaraiMarkah[2] akan memberikan nilai 80

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                136
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150