Page 213 - BUKU TEKS SK T4
P. 213
Sebuah entiti boleh mempunyai satu atau lebih atribut. Dalam contoh yang
diberikan, entiti sekolah cuma mempunyai satu atribut, nama sekolah.
Bagi entiti lain seperti murid, terdapat beberapa atribut lain seperti ID
murid, nama, tarikh lahir dan alamat.
Uji Minda
Berdasarkan Rajah ID murid # Nama Tarikh Lahir Alamat
2.12, fikirkan sejenak. 123/16 Izati bt Ahmad 04 Mei 2000 PJ
Bukankah Izati boleh
mengambil satu atau lebih Rajah 2.11 Entiti dengan beberapa atribut
subjek seperti Matematik
Moden, Matematik Dalam entiti dengan beberapa atribut, pilih atribut unik sebagai rujukan
Tambahan, Biologi, (dipanggil kekunci primer). Sebagai contoh, ID murid dipilih sebagai kunci
Kimia, Sejarah? Ini
bukanlah satu masalah primer untuk entiti murid. Gunakan simbol hash # sebagai penanda kunci
kerana model hubungan primer.
tersebut boleh dihasilkan Gunakan anak panah untuk menghubungkan rekod data mengikut
dengan mudah dalam
modal hierarki. Cuba susunan entiti seperti struktur dalam Rajah 2.11. Anak panah dilukis
anda lukiskan. daripada satu rekod data kepada satu rekod data yang lain. Anak panah
ditujukan kepada atribut kunci primer dalam setiap rekod data (atribut
kunci primer ditandakan #). Lihat Rajah 2.12.
Nama Sekolah Rekod sekolah
SMK Adela
Kelas Kelas Kelas
4 Amanah 4 Bakti 4 Cerdas Rekod kelas
Rekod murid Rekod guru
ID murid # Nama Tarikh Lahir Alamat ID guru # Nama Tarikh Lahir Alamat
123/16 Izati bt Ahmad 04 Mei 2000 PJ 1144 Lim Chai Hoon 10 Ogos 1986 PJ
Rekod subjek
Kod Subjek # Subjek Aliran
FZ1 Fizik Sains Tulen
Rajah 2.12 Rekod data dalam model hierarki
Dalam rajah 2.12, entiti sekolah SMK Adela mempunyai tiga rekod entiti
kelas iaitu 4 Amanah, 4 Bakti dan 4 Cerdas. Kelas 4 Amanah mempunyai
rekod data murid dengan ID 123/16 dan juga rekod guru dengan ID 1144.
Murid 123/16 mengambil entiti subjek dengan kod subjek FZ1.
Sains Komputer Tingkatan 4
204

