Page 214 - BUKU TEKS SK T4
P. 214

Model Pangkalan Data Rangkaian
                 Model pangkalan data rangkaian terdiri daripada beberapa jenis rekod
                 dan dihubungkan melalui penunjuk. Model ini dapat mengatasi beberapa
                 ketidakbolehtentuan  dalam  model  hierarki.  Kembali  kepada  contoh
                 daripada model hierarki. Bolehkah suatu subjek seperti Fizik diambil
                 oleh murid-murid yang lain selain daripada Izati? Sudah tentu ya. Akan   Database Models
                 tetapi, bolehkah hubungan tersebut ditunjukkan dalam model hierarki?   goo.gl/nquXWs
                 Kelemahan ini diatasi melalui model rangkaian.


                                  Sekolah




                                   Kelas





                       Guru                   Murid                Pendaftaran



                                                         Subjek

                                                                                       Uji Minda
                                 Rajah 2.13 Model pangkalan data rangkaian          Anda diberikan tugasan
                                                                                    untuk membina model
                                                                                    pangkalan data rangkaian
                 Contoh:                                                            sama seperti di dalam
                 Entiti Subjek boleh mempunyai dua ‘induk’ iaitu entiti Kelas dan Murid.   contoh yang ditunjukkan
                                                                                    di sebelah tetapi
                 Pencarian semua Subjek dalam Kelas tertentu boleh dibuat secara terus   menukarkan Entiti Murid
                 berbanding dengan model hierarki. Hubungan Murid dan Subjek adalah   dengan mempunyai dua
                 hubungan  banyak-ke-banyak,  iaitu  setiap  murid  mungkin  mendaftar   induk iaitu entiti jantina
                 untuk banyak Subjek dan setiap Subjek mempunyai banyak Murid.      dan subjek.


                         ?


                  Tahukah
                  Anda

                 Salah seorang tokoh yang pernah memenangi Turing Award bagi ciptaan-ciptaan
                 teknologi ialah Edgard Frank Codd. Sewaktu bekerja dengan International
                 Business Machine (IBM) New York, beliau telah mengemukakan idea
                 pangkalan data hubungan pada zaman 1960an. Model tersebut menjadi model
                 yang sangat popular dalam reka bentuk pangkalan data moden. Seorang usahawan
                 membina teknologi pangkalan data berdasarkan idea Codd. Usahawan tersebut,
                 Larry Ellison, telah berjaya mencipta pangkalan data yang popular, Oracle dengan
                 kos permulaan USD2000.


                                                                             BAB 2 PANGKALAN DATA
                                                                                                  205
   209   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219