Page 216 - BUKU TEKS SK T4
P. 216

Murid                     PENDAFTARAN                     SUBJEK
                  Kelas   Nama        ID murid      ID murid   Kod Subjek     Kod Subjek  Subjek  Aliran
                  5A      Izati bt Ahmad  123/16    123/16     FZ1            FZ1       Fizik    Sains Tulen
                  5B      Chong Wei   124/16        128/16     KIM            SC1       Sains    Sastera

                                           Rajah 2.15 Contoh model pangkalan data hubungan


                 Model Pangkalan Data Berorientasikan Objek
                 (Object-oriented)
                 Model berorietasikan objek merupakan kaedah yang baharu dalam
                 pengurusan data. Model ini menyimpan takrifan objek-objek yang boleh
                 digunakan semula oleh perisian. Model ini menyimpan objek-objek dan
                 hubungan. Model ini mempunyai ciri yang sama dengan model rangkaian
                 iaitu dapat mewakilkan data untuk hubungan banyak-ke-banyak.
                 Contoh:
                                                                                       Uji Minda
                 Rajah 2.16 menggambarkan konsep orientasi objek bagi kelas Pensyarah   Bina model pangkalan
                 yang mempunyai atribut dan kaedah (method) tersendiri.             data berorientasikan objek
                                                                                    yang menggunakan guru
                 (a)  Kelas (class) – mengambarkan keadaan entiti objek sebenar
                                                                                    sebagai kelas dan isikan
                 (b)  Atribut (attributes) – data yang mewakili sifat-sifat objek tersebut  dengan atribut-atribut
                                                                                    yang bersesuaian untuk
                 (c)  Kaedah (method) – menjelaskan kelakuan bagi objek dan juga dikenal   kelas tersebut.
                    sebagai prosedur atau fungsi.


                        Definisi kelas                        Kejadian kelas
                        Pensyarah                       Nama = Ahmad Naseer
                          Atribut                       Staff_No = 0421
                  Nama                                  Fakulti = Pusat Asasi
                  Staff_No                              Jantina = Lelaki
                  Fakulti                               No. Telefon = 0123457891
                  Jantina
                  No.Telefon                            Nama = Siti Alia Mansor
                         Kaedah                         Staff_No = 0500
                  KemaskiniProfil()                     Fakulti = FSTM
                  DapatkanKodPenyelidikan()             Jantina = Perempuan
                  PaparKod()                            No. Telefon = 0129876543


                        Rajah 2.16 Perwakilan kelas model pangkalan data berorientasikan objek
                 Objek di dalam kelas dikenal sebagai kejadian kelas (class instances).
                 Setiap kejadian kelas mempunyai nilai data yang tersendiri bagi setiap
                 atribut tetapi masih boleh berkongsi nama atribut dan kaedah yang sama
                 dengan kejadian kelas yang lain.



                                                                             BAB 2 PANGKALAN DATA
                                                                                                  207
   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221