Page 233 - BUKU TEKS SK T4
P. 233

Murid                mengambil             Peperiksaan



                                       Ingatkah lagi konsep kekardinalan dalam pangkalan data hubungan?
                                       Kekardinalan menunjukkan kuantiti entiti-entiti dalam perhubungan. Lihat
                                       Jadual 2.7.
                                                    Jadual 2.7 Jenis-jenis kekardinalan
                       Kekardinalan                               Penerangan
                     1:1 (satu–ke–satu)  Hubungan:
                                        "Seorang warganegara mempunyai satu kad pengenalan sahaja."

                                                            1                    1
                                                Warga              mempunyai          KadPengenalan


                    1:M (satu–ke–banyak)  Hubungan:
                                        "Seorang murid boleh menyertai lebih daripada satu kelab di sekolah."


                                                 Murid      1      menyertai     M       Kelab


                   M:N (banyak–ke–banyak)  Hubungan:
                                        "Banyak pelanggan pasar raya membeli pelbagai jenis barangan."


                                               Pelanggan    M       membeli       N      Barang










                                                                                        Kerja Berkumpulan
                                                        36    ERD


                                         A  Dalam kelas anda, wujudkan satu senarai butiran murid. Butiran ini
                                            diperlukan untuk mencatatkan sumbangan setiap murid kepada
                                            tabung kelas setiap bulan (12 bulan). Tentukan entiti dan maklumat-
                                            maklumat yang diperlukan bagi setiap murid. Lukis Gambar Rajah
                                            Perhubungan Entiti untuk tujuan tersebut. Berikan justifikasi kenapa
               ERD                          maklumat-maklumat tersebut diperlukan.
               goo.gl/4PB9wD
                                         B  Setiap murid mungkin menyertai satu atau lebih kelab di sekolah.
                                            Seorang murid dibenarkan menyertai maksimum tiga kelab sahaja.
                                            Tentukan entiti-entiti dan maklumat-maklumat yang diperlukan
                                            untuk kelab. Lukis Gambar Rajah Perhubungan Entiti untuk tujuan
                                            tersebut. Berikan justifikasi mengapakah maklumat-maklumat tersebut
                                            diperlukan.

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                224
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238