Page 232 - BUKU TEKS SK T4
P. 232

Rajah 2.28 menunjukkan hubungan "mendaftar" antara entiti subjek
                 Murid dan entiti objek Kursus. Rajah berikut boleh dibaca sebagai "Murid   ?
                 Mendaftar Kursus."                                                  Tahukah
                                                                                     Anda
                 Contoh penggunaan:
                                                                                    Terdapat beberapa jenis
                                                                                    ERD, iaitu:
                      Murid                mendaftar                Kursus          (a)  ERD konseptual
                                                                                    (b)  ERD logikal
                                                                                    (c)  ERD fizikal
                                     Rajah 2.28 Hubungan antara entiti              Sumber:
                                                                                    www.lucidchart.com
                 Atribut
                 Atribut ialah ciri atau sifat entiti. Setiap set entiti terdiri daripada
                 beberapa atribut. Atribut diwakili oleh simbol elips.

                                             Nama


                                        Rajah 2.29 Simbol atribut
                 Contoh atribut untuk entiti murid: ID murid, nama, tingkatan, jantina
                 Contoh penggunaan:
                 Rajah 2.30 menunjukkan entiti Murid mempunyai atribut seperti
                 ID Murid, Nama dan Tingkatan.

                     ID murid                 Murid               Tingkatan



                                              Nama


                                    Rajah 2.30 Atribut-atribut entiti murid
                 Langkah-langkah melukis ERD adalah seperti berikut:
                  1  Kenal pasti data yang diperlukan oleh sistem dari persekitaran
                    pangkalan data.                                                    Uji Minda
                  2  Kenal pasti kumpulan untuk data yang berkait secara logikal.   Jasmin Kaur minat
                    Kumpulan ini dinamakan sebagai entiti.                          membaca. Dia sering
                                                                                    pergi ke pameran
                  3  Kenal pasti perkaitan antara dua entiti untuk semua entiti.    buku untuk membeli
                                                                                    pelbagai jenis buku
                 Contoh 1                                                           yang terdiri daripada
                 Berikut ialah langkah-langkah untuk melukis ERD untuk kenyataan    pelbagai genre seperti
                 "Murid mengambil Peperiksaan".                                     buku fiksyen, bukan
                                                                                    fiksyen, ensiklopedia,
                  1  Kenal pasti entiti: Murid, Peperiksaan                         novel dan bibliografi.
                                                                                    Bina satu gambar rajah
                  2  Kenal pasti hubungan: mengambil                                perhubungan entiti
                  3  Lukiskan simbol entiti dan hubungan yang mengaitkan kedua-dua   berdasarkan situasi Jasmin
                                                                                    Kaur.
                    entiti.

                                                                            BAB 2 PANGKALAN DATA  223
   227   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237