Page 238 - BUKU TEKS SK T4
P. 238

?
                 Kebergantungan Fungsi Separa
                 Perhatikan juga bahawa dalam Rajah 2.36, atribut Nama Buku bergantung   Tahukah
                 kepada Kod Buku sahaja dan bukan kedua-dua Kod Buku dan ID Murid.   Anda
                 Jadi, Nama Buku mempunyai kebergantungan fungsi separa kepada kod   Selain daripada tiga jenis
                 Buku.                                                              kebergantungan fungsi
                                                                                    yang telah anda pelajari,
                                                                                    masih terdapat dua jenis
                                                 bergantung                         kebergantungan fungsi
                            Kod Buku             kepada                             iaitu, kebergantungan
                                                                                    fungsi tunggal dan
                                                                                    kebergantungan fungsi
                                                            Nama Buku               trivial.


                            ID Murid




                                Rajah 2.36 Contoh kebergantungan fungsi separa
                 Kebergantungan Fungsi Transitif

                 Kebergantungan fungsi transitif ialah kebergantungan yang tidak
                 melibatkan mana-mana atribut kunci primer dalam jadual Rajah 2.37.
                 Jadi, kebergantungan di antara atribut Nama Murid dengan atribut No
                 Telefon Bimbit adalah jenis kebergantungan fungsi transitif. Dalam contoh
                 yang diberikan, memang diketahui secara umum bahawa No  Telefon
                 Bimbit adalah unik kepada pemiliknya. Oleh itu, adalah munasabah jika
                 kebergantungan wujud di antara Nama Murid dan No Telefon Bimbit.

                      Bukan kunci primer
                                             bergantung
                                              kepada
                     No Telefon Bimbit                       Nama Murid



                              Rajah 2.37 Contoh kebergantungan fungsi transitif



                                                                     Individu
                                 38    Kebergantungan Fungsi

                  Anda ditugaskan untuk membina jadual peserta yang menyertai bagi satu
                  Kempen Membaca. Dalam jadual tersebut perlu memiliki nama peserta,
                  nombor kad pengenalan peserta, nombor telefon bimbit, tingkatan dan
                  kelas. Daripada jadual yang telah anda bina, kenal pasti kunci primer dan
                  kunci asing. Kemudian, berdasarkan Rajah 2.35, Rajah 2.36 dan Rajah 2.37,
                  bina rajah-rajah bagi kebergantungan fungsi sepenuh, kebergantungan
                  fungsi separa dan kebergantungan fungsi transitif.


                                                                            BAB 2 PANGKALAN DATA  229
   233   234   235   236   237   238   239   240   241   242   243