Page 25 - BUKU TEKS SK T4
P. 25

Contoh  1

               Baca surat di bawah dengan teliti. Anda sebagai pegawai di Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah
               ditugaskan menyelesaikan isu tersebut. Berdasarkan langkah-langkah penyelesaian masalah langkah 1-8,
               selesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka. Jelaskan setiap langkah dan sediakan contoh yang sesuai,
               cari langkah penyelesaian dan sediakan jawapan anda dalam bentuk surat kepada Encik Ahmad dan rakan-
               rakannya.


                AHMAD BIN HARON
                23, Jalan Maju,
                90700 Sandakan.

                Kepada,
                Pegawai
                Majlis Perbandaran Sandakan

                Tuan,

                Bonggol-bonggol Jalan (Speed humps) di Jalan Maju, Sandakan

                Perkara di atas dirujuk.

                2.  Saya Ahmad bin Haron mewakili 10 orang rakan saya yang tinggal di
                sepanjang Jalan Maju yang sepanjang 1.8 km, ingin mencadangkan kepada
                Majlis Perbandaran Sandakan, agar bonggol-bonggol jalan yang dibina di Jalan
                Maju diratakan atau dikeluarkan atas alasan-alasan seperti yang berikut:
                -  Bonggol jalan melambatkan dan mewujudkan kesesakan trafik
                -  Meningkatkan kemalangan di kawasan bonggol jalan
                -  Semasa hujan, air bertakung di bonggol dan membahayakan
                  pengguna motosikal dan basikal
                -  Merosakkan ‘shock absorbers’ kereta
                -  Mengakibatkan pencemaran udara dan bunyi di kawasan kediaman
                  kami
                -  Melambatkan ambulans
                3.  Untuk makluman tuan, kami terpaksa melalui sembilan bonggol setiap kali
                untuk keluar dari rumah dan sembilan kali lagi apabila kembali ke rumah.
                Setakat tahun ini sahaja telah berlaku lima kes kemalangan jalan raya kerana
                kereta tidak sempat berhenti di bonggol jalan.
                4.  Saya dan rakan-rakan berharap MPS akan menyelesaikan masalah ini
                dengan segera.
                Sekian, terima kasih.

                    Yang benar,
                    Ahmad bin Haron & rakan-rakan




                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 16
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30