Page 23 - BUKU TEKS SK T4
P. 23

?                 1.1.3    Proses Penyelesaian Masalah

                Tahukah
                Anda                   Proses penyelesaian masalah melibatkan langkah-langkah yang sesuai
                                       dan bergantung kepada jenis masalah yang ingin diselesaikan. Setiap
               Generik bermaksud umum   masalah yang ingin diselesaikan perlu melalui beberapa proses, iaitu
               atau berkaitan dengan ciri-  mengikut struktur model generik sebagai panduan. Pengaturcaraan dapat
               ciri khusus yang dimiliki
               oleh sesuatu kelompok.  membantu  murid  berfikir  secara  kreatif dan  inovatif  serta  membantu
               Sumber: Kamus Online    mereka untuk menyelesaikan masalah dan melaksanakan semua proses
               Dewan Bahasa            dengan betul.
                                           Model generik penyelesaian masalah dalam Rajah 1.8 terdiri daripada
                                       lapan proses. Setiap proses akan dijelaskan dengan persoalan yang harus
                                       difikirkan bersama-sama.
                   data 1  Kumpulkan   2     Tentukan        3      halangan) 4             Jana

                                                                    Jana idea
                                                                    (hapus
                   dan analisis
                                             masalah
                                                                                            penyelesaian


            8     Buat                7     Buat              6     Laksanakan        5     Tentukan



                  penambahbaikan
                                                                                            tindakan
                                            penilaian
                                                                    penyelesaian
                                             Rajah 1.8 Proses penyelesaian masalah


                                           Proses penyelesaian masalah dalam pengaturcaraan adalah seperti
                                       yang berikut:

                                         1  Mengumpulkan dan menganalisis data
                                           Murid perlu mengumpul data tentang punca dan skop masalah serta
                                           mengenal pasti hal yang berikut dalam sesuatu situasi.
                                           •  Sejauh manakah masalah tersebut memberikan kesan?
                                           •  Bilakah masalah itu perlu diselesaikan?
                                         2  Menentukan masalah
                                           Murid perlu mengenal pasti masalah yang paling utama yang perlu
                                           diselesaikan. Kemudian, masalah yang kedua juga perlu dikenal
                                           pasti sebelum mengenal pasti tahap pemahaman sedia ada murid.
                                           •  Adakah masalah ini merupakan masalah yang utama?
                                           •  Apakah masalah lain yang dapat dikesan?






                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 14
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28