Page 26 - BUKU TEKS SK T4
P. 26

Penyelesaian:
                 Berdasarkan langkah-langkah penyelesaian masalah 1-8:
                 1  Kumpulkan dan analisis data
                   Merujuk surat daripada Encik Ahmad:
                   •  Masalah bonggol jalan terlalu banyak dan lima kes kemalangan jalan raya telah berlaku.
                   •  Perlu diselesaikan dengan segera.

                 2  Tentukan masalah
                   Merujuk surat daripada Encik Ahmad, masalah lain yang dihadapi ialah seperti yang berikut:
                   •  Melambatkan perjalanan,  mewujudkan  kesesakan  trafik,  meningkatkan kemalangan jalan raya,  air
                     bertakung, merbahayakan pengguna mototsikal dan basikal, merosakkan kereta, melambatkan
                     ambulans, meningkatkan pencemaran udara dan bunyi.
                 3  Jana idea (hapus halangan)
                   Idea daripada Pegawai MPS:
                   •  Melambatkan perjalanan (tidak boleh diterima oleh sebab keutamaan diberi dari aspek keselamatan
                     jalan raya).
                   •  Mewujudkan kesesakan trafik (tidak boleh diterima kerana kesesakan jalan raya berlaku di mana-mana
                     jalan utama dan pada masa tertentu sahaja).
                   •  Meningkatkan kemalangan jalan raya (boleh diterima, papan peringatan atau lampu berkelip akan di
                     pasang di kawasan bonggol).
                   •  Air bertakung merbahayakan pengguna mototsikal dan basikal (akan diselesaikan dengan membaiki
                     saliran air di kawasan bonggol dan rujuk peringatan).
                   •  Merosakkan kereta (tidak boleh diterima kerana jika pemandu memandu di had laju yang ditentukan).
                   •  Melambatkan ambulans (boleh diterima dengan mengurangkan bonggol).
                   •  Pencemaran udara dan bunyi (tidak dapat dielakkan sebab jalan utama, namun boleh menanam pokok
                     di sepanjang jalan tersebut.)
                 4  Jana penyelesaian
                   Tindakan yang akan diambil oleh MPS:
                   •  Menanam pokok-pokok di sepanjang jalan tersebut.
                   •  Membaiki saliran air di kawasan bonggol.
                   •  Pemasangan papan peringatan dan tiang lampu berkelip.
                   •  Bilangan bonggol akan dikurangkan.
                 5   Tentukan tindakan
                   Perbincangan  boleh  diadakan  antara  pihak  MPS  bersama  Encik  Ahmad  dan  rakan-rakannya  untuk
                   menentukan tindakan yang perlu diambil dan tindakan susulan yang bergantung kepada kos, masa
                   dan sumber. Boleh bina carta Gantt dan senaraikan penyelesaian berdasarkan poin nombor 4. Contoh
                   pemasangan papan peringatan dan tiang lampu berkelip boleh dijalankan dahulu.
                 6   Laksanakan tindakan
                   Tindakan memasang papan peringatan dan tiang lampu melibatkan kos dan sumber. Justifikasi kos dan
                   juga kesan kepada masalah yang dihadapi perlu dibuat.

                 7   Buat penilaian
                   Penilaian perlu dibuat sama ada pemasangan papan peringatan dan tiang lampu memberi impak kepada
                   pengguna jalan raya dan adakah kes kemalangan telah berkurangan.
                 8   Buat penambahbaikan
                   Berdasarkan tindakan yang telah diambil, adakah tindakan tersebut telah menyelesaikan masalah yang
                   dihadapi oleh penduduk Jalan Maju? Jika ya, penambahbaikan boleh dibuat kepada penyelesaian yang
                   sedia ada. Jika tidak, perbincangan dan idea baharu boleh dikemukakan.



                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   17
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31