Page 24 - BUKU TEKS SK T4
P. 24

?
                   3  Menjana idea – menghapuskan halangan
                     Murid perlu menyenaraikan beberapa idea yang dapat digunakan    Tahukah
                    untuk menyelesaikan setiap masalah yang telah dikenal pasti.     Anda
                    •  Sejauh manakah idea yang disenaraikan dapat menyelesaikan
                       masalah yang dihadapi?                                       Terdapat pelbagai model
                                                                                    penyelesaian masalah
                   4  Menjana penyelesaian                                          secara kreatif, antaranya
                     Murid hendaklah menyenaraikan idea atau langkah                ialah Model Penyelesaian
                    semasa merancang penyelesaian. Guru perlu mengenal pasti murid   Masalah secara Kreatif
                    telah menjana suatu rancangan penyelesaian yang sesuai.         oleh Osborn dan Parnes.
                                                                                    Layari laman sesawang
                    •  Adakah idea penyelesaian ini telah dibincangkan dengan jelas?  yang berikut untuk
                   5  Menentukan tindakan                                           mengetahui lebih lanjut
                                                                                    tentang model tersebut.
                     Murid hendaklah membuat pilihan yang terbaik daripada senarai idea
                    yang telah dibuat.
                    •  Adakah pilihan yang lain harus diberikan perhatian?
                    •  Dapatkah idea ini menyelesaikan masalah yang dihadapi?
                   6  Melaksanakan penyelesaian
                     Murid perlu menggunakan pelbagai alat dan teknik yang telah dipilih   Model Penyelesaian
                    untuk melaksanakan penyelesaian. Fokus hendaklah ditumpukan     Masalah
                    kepada tindakan yang boleh menyumbang kepada penyelesaian       http://goo.gl/pCKdx
                    masalah.
                    •  Bolehkah tindakan ini berjaya dilaksanakan?

                   7  Membuat penilaian
                     Penilaian akan dilaksanakan terhadap langkah-langkah penyelesaian.
                    Jika tidak menepati tahap yang memuaskan atau tidak menyelesaikan   Proses Penyelesaian
                    masalah, murid perlu mencari tindakan yang lain.                Masalah
                    •  Adakah hasil yang hendak dicapai memuaskan?                  https://goo.gl/UD7NRt

                   8  Membuat penambahbaikan
                     Setiap penyelesaian yang telah dilaksanakan perlu ditambah baik jika
                    masih terdapat kekurangan dan mengikut keperluan.
                    •  Apakah penambahbaikan yang boleh anda cadangkan?










                   Uji Minda
                 Untuk merangsang pemikiran anda tentang proses penyelesaian
                 masalah, fikirkan cara penyelesaian terhadap masalah yang berikut:
                 Sambungkan kesemua titik dengan hanya menggunakan empat
                 garisan sahaja tanpa mengangkatkan pen anda.





                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   15
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29