Page 343 - BUKU TEKS SK T4
P. 343

Selepas prototaip paparan dan reka bentuk skrin dihasilkan, instrumen penilaian paparan dan reka
               bentuk skrin perlu dibina. Instrumen penilaian tersebut mestilah menepati kriteria yang diperlukan oleh
               pengguna semasa fasa analisis dan tinjauan masalah dilaksanakan. Berikut ialah contoh instrumen
               penilaian yang dibuat berdasarkan “Program Mengira Dua Nombor”. Untuk membuat penilaian akhir ke
               atas reka bentuk produk ini, lima orang guru dan 20 orang murid telah dipilih untuk menjadi pengguna
               dan menilai produk.
               Langkah-langkah untuk membina instrumen penilaian:
               1  Tentukan sasaran pengguna yang akan diberikan percubaan untuk menilai paparan skrin.
               2  Bina soalan soal selidik dengan memfokuskan kepada perkara yang akan dibincangkan. Soalan
                  mestilah di dalam skop dan fungsi yang ada dalam paparan skrin sahaja.
               3  Tentukan jenis maklum balas yang boleh diberikan oleh pengguna. Contoh: Jawapan “Ya” atau “Tidak”.
                  (Pereka bentuk juga boleh menggunakan skala instrumen yang lain seperti Skala Likert )
               Rajah 3.8 merupakan instrumen penilaian kualitatif bagi reka bentuk paparan skrin yang telah dihasilkan
               melalui pemerhatian mereka terhadap reka bentuk skrin.


                Tajuk Projek    Program Mengira Dua Nombor
                Objektif Projek  Membolehkan murid darjah tiga mengira dua nombor dengan pantas secara automatik
                Sasaran         Murid darjah tiga

                Kategori pengguna Guru/Murid

                Tandakan (✓) sekiranya jawapan anda Ya dan tandakan (✗) sekiranya jawapan anda Tidak.
                    Kategori                          Kriteria                       Ya (✓)   Tidak (✗)
                Reka Bentuk Skrin   1.  Reka bentuk skrin mudah dan ringkas.
                                 2.  Pemilihan warna dan ikon yang bersesuaian dan menarik.

                                 3.  Sistem navigasi yang disediakan mudah dikenal pasti dan mesra
                                    pengguna.
                                 4.  Saiz paparan adalah sesuai.

                                 5.  Tidak mengandungi kesalahan ejaan.
                                 6.  Tidak menyebabkan murid sesat dalam penerokaan.
                                 7.  Laras bahasa yang digunakan mudah difahami.
                                 8.  Tiada gangguan teknikal semasa menggunakan program ini.
                                 1.  Murid boleh mengawal sepenuhnya butang kawalan operasi
                                    matematik.
                                 2.  Butang kawalan operasi matematik adalah mesra pengguna.
                Interaktiviti
                pengguna         3.  Butang kawalan operasi menepati setiap pengiraan matematik.

                                 4.  Butang “Keluar” berfungsi dengan baik.
                                 5.  Butang “Reset” berfungsi dengan baik.
                             Rajah 3.8  Contoh Instrumen Penilaian Kuantitatif Prototaip “Program Mengira Dua Nombor”

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                334
   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347   348