Page 338 - BUKU TEKS SK T4
P. 338

4  Membuat Penilaian Reka Bentuk Produk
                     Dalam reka bentuk interaksi, cara di mana pengguna berinteraksi
                    dengan produk ini dianggap penggerak di sebalik reka bentuk dan
                    dengan itu kita menumpukan perhatian kepada tingkah laku yang boleh
                    dilihat dan diukur.
                       Penilaian ialah proses menentukan kebolehgunaan dan penerimaan
                    produk atau reka bentuk oleh pengguna. Penilaian diukur dalam
                    pelbagai  kriteria seperti bilangan kesilapan yang dilakukan  oleh
                    pengguna semasa menggunakan produk tersebut, menarik atau tidak
                    produk tersebut, sepadan atau tidak produk itu dengan keperluan dan
                    pelbagai lagi. Reka bentuk interaksi memerlukan penglibatan pengguna
                    yang maksimum  semasa proses  membangunkannya  dan  ini  akan
                    menambahkan peluang supaya produk tersebut boleh diterima oleh
                    golongan pengguna. Reka bentuk alternatif dinilai menerusi versi reka   ?
                    bentuk yang interaktif dan hasilnya akan diberikan maklum balas dalam   Tahukah
                    reka bentuk yang seterusnya.                                     Anda

                                                                                    Terdapat tiga kata
                  3.2.1    Mengaplikasi Proses Reka                                 kunci yang sangat
                                                                                    penting dalam reka
                           Bentuk Interaksi dalam Atur                              bentuk interaksi, iaitu:
                                                                                    1  Fokus kepada
                           Cara yang Dibangunkan                                       keperluan dan
                                                                                       penilaian pengguna
                                                                                       terhadap prototaip
                 Reka bentuk interaksi merujuk proses mereka bentuk struktur atau      yang dibina.
                 corak perjalanan sebuah program atau perisian. Reka bentuk interaksi   2  Mengenal pasti,
                 akan melalui empat proses seperti yang telah dibincangkan. Mari kita   mengdokumentasi
                 terokai dan jelajah satu persatu proses reka bentuk interaksi ini. Untuk   dan bersetuju
                 mengaplikasikan proses reka bentuk interaksi ini, kita akan merujuk satu   dengan kegunaan
                 aplikasi ringkas iaitu “Program Mengira Dua Nombor”.                  yang spesifik dan
                                                                                       matlamat pengguna
                                                                                       berdasarkan
                                                                                       pengalaman.
                                                                                    3  Lelaran tidak
                                                                                       dapat dielakkan.
                                                                                       Hal ini adalah
                                                                                       kerana reka bentuk
                                                                                       yang pertama
                                                                                       pasti mempunyai
                                    Rajah 3.4  Prototaip yang telah siap               kesilapan.


                   1  Mengenal pasti Keperluan Interaksi
                     Daripada fasa analisis SDLC, keperluan produk dan mengetahui sebab
                    sesuatu produk itu dibina perlu dikenal pasti. Cuba fikirkan mengenai
                    produk interaktif yang akan dibina dan apa yang anda inginkan produk
                    itu lakukan untuk anda. Kumpulkan maklum balas daripada pengguna
                    sasaran mengenai fungsi produk yang mereka inginkan. Lihat contoh
                    Jadual 3.3.


                                                               BAB 3 INTERAKSI MANUSIA DAN KOMPUTER  329
   333   334   335   336   337   338   339   340   341   342   343