Page 341 - BUKU TEKS SK T4
P. 341

3  Membina Prototaip Interaksi
                                           Setelah reka bentuk alternatif dengan lakaran papan cerita siap, kedua-
                                           duanya akan diedarkan kepada pengguna untuk dinilai. Lakaran ini
                                           akan  diedarkan  kepada  20  pengguna  yang  berbeza  iaitu  guru  dan
                                           murid.  Seramai  lima  orang  guru  dan  15  orang  murid  telah  dipilih
                                           untuk membuat pilihan reka bentuk alternatif yang disukai. Pengguna
                                           akan diberikan peluang untuk memberi komen terhadap reka bentuk
                                           alternatif tersebut. Hasil dapatan akan digunakan untuk menghasilkan
                                           reka bentuk prototaip yang lebih baik berdasarkan komen pengguna
                                           serta keperluan yang diperlukan. Hasil dapatan pemilihan reka bentuk
                                           alternatif adalah seperti dalam jadual di bawah.

                                     Jadual 3.4  Contoh hasil dapatan pemilihan reka bentuk alternatif

                       Kategori      Reka Bentuk Alternatif 1  Reka Bentuk Alternatif 2  Jumlah

                        Guru                  2                         3                  5

                        Murid                 4                        11                  15

                      Peratus (%)             30                       70                 100


                                           Melalui hasil dapatan ini, peratus pengguna memilih Reka Bentuk
                                           Alternatif 2 lebih tinggi berbanding Reka Bentuk Alternatif 1 iaitu sebanyak
                                           70%. Oleh sebab itu, pereka bentuk akan mengguna pakai Reka Bentuk
                                           Alternatif 2 dan akan ditambah baik selaras dengan komen pengguna.
                                           Jadual 3.5 menunjukkan komen yang diberikan oleh pengguna.

                                                 Jadual 3.5  Komen Pengguna

                   Ciri pada reka bentuk                Komen                         Responden

                Warna latar belakang   Warna kuning (alternatif 1) dan kelabu cair (alternatif   Responden 4, 5, 7, 20
                Warna butang kawalan   2) tidak sesuai digunakan. Tukar kepada warna kelabu
                                       gelap. Warna butang kawalan tukar kepada biru cair.

                 Warna bingkai Kotak Teks 1,   Pelbagaikan warna dalam paparan skrin supaya nampak  Responden 19,10,3
                 Kotak Teks 2 dan Kotak Teks 3 ceria dan bersesuaian dengan murid darjah 3.


                 Butang kawalan        Butang kawalan “Reset” dan “Keluar” perlu diasingkan   Responden 19,10,3
                                       daripada butang kawalan operasi.

                 Tajuk “Program Mengira Dua   Penjajaran tajuk perlu diletakkan di bahagian tengah   Responden 17
                 Nombor”               sebelah atas “antara muka”. Warna tulisan tukar
                                       kepada hitam.







                        Sains Komputer Tingkatan 4
                332
   336   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346