Page 52 - BUKU TEKS SK T4
P. 52

1.2.3    Menguji dan Membaiki Ralat

                            dalam Algoritma



                    Algoritma diuji setelah ditulis untuk tujuan pembaikan. Pengujian
                 algoritma dibuat sebelum algoritma ditulis sebagai kod komputer. Lihat
                 Rajah 1.18. Hal ini demikian kerana, pembetulan di peringkat kod
                 mengambil masa yang lebih lama dan lebih mahal daripada pembetulan
                 di peringkat algoritma.


                    Tulis algoritma         Uji algoritma         Pembetulan           Pengaturcaraan


                         Rajah 1.18 Carta alir penulisan algoritma untuk menghasilkan atur cara.
                 Matlamat pengujian algoritma adalah untuk memastikan logik algoritma
                 adalah betul dan memikirkan pembaikan algoritma supaya lebih efisien.
                 Algoritma yang telah diuji mempunyai ciri-ciri yang berikut:
                                                                                     Kerjaya Sains
                 • Mudah difahami, maka mudah ditulis sebagai atur cara komputer.      Komputer
                 • Lengkap, yakni memenuhi semua keperluan penyelesaian masalah.    Penganalisis operasi
                 • Efisien, yakni algoritma berfungsi dengan pantas dan tidak memakan   penyelidikan
                   banyak ruang memori.                                             menyelesaikan masalah
                 • Memenuhi kriteria reka bentuk perisian yang ingin dibangunkan.   dan mewujudkan strategi
                                                                                    yang didorong oleh data
                                                                                    dalam bidang seperti
                 Ralat dalam Algoritma                                              logistik dan kewangan.
                                                                                    Penganalisis bahagian ini
                 Algoritma yang tidak memenuhi kriteria akan sukar difahami, tidak lengkap,   sentiasa berusaha untuk
                 kurang efisien dan tidak memenuhi kriteria reka bentuk perisian. Perkara   mencari penambahbaikan
                 ini akan mengakibatkan perisian yang dihasilkan mengandungi ralat. Hal ini   operasi data supaya tidak
                 kerana pengatur cara bergantung kepada algoritma untuk menghasilkan   mengganggu program data
                 atur cara. Algoritma yang mengandungi ralat akan menyebabkan pengatur   dan sentiasa memantau
                                                                                    proses organisasi data.
                 cara menghasilkan atur cara yang juga mengandungi ralat. Rajah di bawah
                 menunjukkan hubungan ralat algoritma dan ralat atur cara.


                                                                      Ralat
                      Susah faham                                      logik                 Ralat
                                                                                            sintaks

                      Tidak lengkap
                                            Ralat
                                           algoritma          Ralat uji
                       Tidak efisien                            lari


                      Tidak penuhi kriteria

                                                                                               Kecuaian
                         Rajah 1.19 Hubungan ralat algoritma dan ralat atur cara               pengatur cara

                                                                            BAB 1 PENGATURCARAAN
                                                                                                   43
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57