Page 51 - BUKU TEKS SK T4
P. 51

Kerja Berkumpulan
                                 8    Kawalan Ulangan

                 Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam kelas.
                 Persediaan:
                 1  Guru menyediakan 12 biji bola ping pong.
                 2  Bola-bola ping pong diberikan nombor setiap satu dari 0 hingga 9.
                 3  Dua lagi bola ping pong diberikan nombor negatif, iaitu -1 dan -2.
                 4  Guru memasukkan kesemua 12 biji bola ping pong ke dalam satu karung kain.

                 Aktiviti kelas:
                 1  Setiap murid diminta mengeluarkan sekeping kertas kosong bersaiz lebih kurang A4.
                 2  Guru akan menulis peraturan permainan berikut di atas papan tulis:


                             1. MULA
                             2. INPUT NOMBOR_BOLA
                             3. SELAGI NOMBOR_BOLA > -1 MULA_SELAGI
                                3.1 OUTPUT NOMBOR_BOLA
                                3.2 AMBIL BOLA DARI KARUNG
                                3.3 INPUT NOMBOR_BOLA
                                TAMAT_SELAGI
                             4. TAMAT



                 3  Mulakan aktiviti. Guru akan mengambil bola daripada karung dan tunjukkan kepada kelas. Guru
                   meminta murid melihat nombor atas ping pong sebagai "INPUT nombor_bola". Guru akan menulis
                   jawapan dalam kertas A4 guru. Bola yang dikeluarkan tidak dimasukkan semula ke dalam karung.
                 4  Guru akan meminta murid menulis jawapan dalam kertas A4 sebagai "OUTPUT nombor_bola".
                 5  Teruskan aktiviti sehingga bola yang dikeluarkan daripada karung ialah nombor negatif.
                 6  Pada akhir aktiviti, guru menunjukkan jawapan beliau kepada murid dan meminta murid mengira
                   bilangan jawapan yang benar.

                 Contoh jawapan:



                                         31745968

















                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 42
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56