Page 54 - BUKU TEKS SK T4
P. 54
Langkah-langkah Pengujian Algoritma
Pengujian algoritma ialah pemeriksaan secara manual dan teliti.
Pengujian algoritma juga dikenal sebagai desk-checking kerana teknik
ini menggunakan kertas dan pensel. Pengujian algoritma harus dilakukan
secara sistematik. Umumnya, pengujian melibatkan langkah-langkah
yang berikut: Doing a desk-check
goo.gl/7BImwg
1 Kenal pasti "Output Dijangka"
2 Kenal pasti "Output Diperoleh"
3 Bandingkan "Output Diperoleh" dengan "Output Dijangka".
4 Analisis dan baiki algoritma.
Langkah 1: Kenal pasti "Output Dijangka"
Kenal pasti nilai-nilai beberapa pasangan input-output tanpa menggunakan
algoritma. Nilai-nilai ini mudah diketahui penguji berdasarkan kriteria/
fakta umum ataupun pengiraan manual.
Contoh berdasarkan kriteria:
Umur layak memohon lesen memandu ialah 17 tahun dan ke atas.
Analisis:
Jadi, sekiranya input umur ialah 18, output dijangka ialah permohonan
dibenarkan. Begitu juga dengan umur 20, 30 dan ke atas. Namun, Uji Minda
umur 15 tidak memenuhi syarat, oleh itu tidak dibenarkan. Analisis
boleh disimpulkan dalam jadual yang ditunjukkan di bawah. Cuba buat analisis bagi
situasi yang berikut:
Input uji Output Dijangka Ketinggian yang layak
untuk menyertai
18 Permohonan dibenarkan pasukan bola keranjang
20 Permohonan dibenarkan ialah 170 cm dan ke
atas. Pastikan analisis
30 Permohonan dibenarkan
anda merangkumi
15 Tidak dibenarkan maklumat input yang
diuji dan output
Langkah 2: Tentukan "Output Diperoleh" dijangka.
Matlamat semakan adalah untuk memastikan algoritma berfungsi dengan
logik yang betul. Uji algoritma menggunakan input bagi output yang telah
dikenal pasti dalam langkah 1. Output yang diperoleh melalui proses
algoritma adalah "Output Diperoleh".
Salah satu kaedah sistematik adalah dengan menggunakan jadual
pengujian tahap algoritma. Jadual ini memastikan setiap tahap dalam
algoritma diuji. Format jadual adalah seperti ditunjukkan di bawah.
Jadual 1.5 Contoh-contoh ralat logik
Penunjuk:
No P P P I/O
1 2 n No – nombor baris dalam algoritma
1 P – pemboleh ubah pertama
1
P – pemboleh ubah kedua
2
2 P – pemboleh ubah ke-n
n
3 I/O – Input/Output
BAB 1 PENGATURCARAAN
45

