Page 55 - BUKU TEKS SK T4
P. 55

Untuk menghasilkan Jadual 1.5 secara efisien, pastikan perkara-perkara
                                       berikut dilaksanakan:

                                       1  Pastikan pseudokod mempunyai nombor bagi setiap baris.
                Kerjaya Sains
                  Komputer             2  Kenal pasti pemboleh-pemboleh ubah yang digunakan dalam
                                          pseudokod. Hal ini adalah penting kerana pemboleh-pemboleh ubah ini
               Pakar sokongan komputer
               berkhidmat untuk orang     akan menghasilkan lajur-lajur jadual.
               ramai seperti menyediakan      (a) Bilangan lajur = bilangan pemboleh ubah + 2
               perkhidmatan pelanggan      (b) Lajur pertama adalah untuk nombor baris.
               dan pekerja dalam bidang      (c)  Lajur-lajur seterusnya adalah untuk setiap pemboleh ubah.
               teknologi maklumat         (d) Lajur terakhir I/O adalah untuk input pengguna dan output
               jabatan bagi membantu
               pekerja yang lain. Pakar      diperolehi.
               sokongan komputer          (e) Bilangan baris jadual = bilangan baris tahap algoritma. Rujuk
               memberikan tumpuan            psedokod.
               kepada isu-isu dengan data
               dan rangkaian komunikasi.  3  Dalam jadual yang ingin dilukis, masukkan 1 sebagai nombor baris
                                          pertama untuk MULA dan diakhiri dengan nombor baris terakhir
                                          pseudokod.

                                       Contoh proses-proses dalam setiap tahap adalah seperti menerima input
                                       melalui lajur I/O, mengumpuk nilai pada lajur pemboleh ubah, mengubah
                                       nilai data dalam lajur pemboleh ubah dan mempamerkan hasil dalam lajur
                                       I/O. Output yang diperolehi melalui proses algoritma dipanggil "Output
                                       Diperoleh".

                                       Langkah 3: Bandingkan "Output Diperoleh" dengan "Output
                                       Dijangka"

                                       Sekiranya "Output Diperoleh" sama dengan "Output Dijangka", algoritma
                Aplikasi Harian        mungkin bebas daripada ralat. Ulangi langkah-langkah di atas dengan
                                       beberapa "Output Dijangka" lain untuk pengesahan.
                Konsep yang digunakan
                dalam desk checking    Contoh keputusan algoritma TANPA ralat:
                boleh digunakan dalam
                kehidupan seharian
                                          #    Input uji    Output Dijangka         Output Diperoleh
                kita. Misalnya, sasaran
                kita untuk setiap mata    1      18    Permohonan dibenarkan   Permohonan dibenarkan
                pelajaran ialah A dalam
                                          2      20    Permohonan dibenarkan   Permohonan dibenarkan
                peperiksaan. Sasaran kita
                dikategorikan sebagai     3      30    Permohonan dibenarkan   Permohonan dibenarkan
                output dijangka. Selepas
                                          4      15    Tidak dibenarkan        Tidak dibenarkan
                peperiksaan, keputusan
                yang kita peroleh ialah
                output yang diperoleh   Contoh keputusan algoritma DENGAN ralat:
                sama ada A, B, C dan
                seterusnya. Sekiranya kita   #  Input uji   Output Dijangka         Output Diperoleh
                tidak mencapai sasaran,
                                          1      18    Permohonan dibenarkan   Tidak dibenarkan
                kita akan membaiki
                kelemahan kita. Begitu    2      20    Permohonan dibenarkan   Tidak dibenarkan
                juga dengan konsep yang
                                          3      30    Permohonan dibenarkan   Tidak dibenarkan
                didapati pada desk ckecking.
                                          4      15    Tidak dibenarkan        Tidak dibenarkan

                        Sains Komputer Tingkatan 4
                 46
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60